CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiz Zaqyah Mandi Bunga, Puas Dapat Berlakon Babak Tak Boleh Tayang Di TV

17-1-2022 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1246| Komen: 3

Description: Mahu mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal.
Mahu mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal.


Kata Tiz, 33, menerusi platform berbayar itu dia dapat melakonkan banyak babak dan aksi yang mungkin tidak boleh dilakukan untuk siaran televisyen.

Foto: IG

"Berlakon dalam premium series seperti ini memang berbeza sebab ia bukan untuk tayangan televisyen... antara cabaran dalam drama ini apabila ada babak saya perlu mandi bunga untuk buang suwey (bala) watak Dayana yang dilakonkan oleh saya, memang selama ini tak pernah buat babak macam itu.

"Penggambaran dilakukan pada waktu pagi dalam rumah yang berselerak dengan kamera, bunga dan air. Itu la kali pertama saya buat babak seumpama itu.

"Ada juga babak-babak lain yang tidak boleh ditayangkan di televisyen ditonjolkan dalam drama ini... sebagai pelakon kalau boleh kita nak buat macam-macam scene tapi sebab stesen televisyen ada tapisannya jadi melalui platform ini memang sesuai," katanya kepada mStar.



Tiz ditemui semasa pelancaran drama Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Tiz, drama ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.

Bukan sahaja berdepan cabaran untuk menghidupkan watak tersebut, Tiz berkata dia juga diuji dengan jangkitan Covid-19 sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama beberapa hari.



"Semasa script reading, saya dijangkiti Covid-19 dan terpaksa berhenti rehat kerana menjalani kuarantin dan selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diumumkan, terpaksa la berehat lama sebelum masuk ke set penggambaran semula.

"Kemudian dah sambung penggambaran, tiba-tiba saya jadi kontak rapat kepada seorang kawan dan kena berhenti untuk kuarantin kendiri selama 10 hari lagi.



"Jadi 20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini... saya rasa ini antara cabaran yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran dalam norma baharu ini," ujarnya.

Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chon ini boleh ditonton menerusi aplikasi WeTV tidak lama lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misssakura 17-1-2022 08:54 AM
33 ke sheol.. ingt dh 36 mcm tu. tapi dia ni x de merempan tak kawen ke apa.
Quote babelina 17-1-2022 09:20 AM
TZ mmg cool.. ada bf dia tayang.. bila clash.. dia bgtaw n move on.. wat rileks jer.. moga berjodohan 1 hari nanti.. amin yra..
Quote lasagna 17-1-2022 09:27 AM
babelina replied at 17-1-2022 09:20 AM
TZ mmg cool.. ada bf dia tayang.. bila clash.. dia bgtaw n move on.. wat rileks jer.. moga berjodoha ...

yaa btul, dia mmg gitu laa, ada dia tayang if xde pape dia bg tau... ok laa kan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039770 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top