CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gergasi Pendidikan China Pecat 60,000 Staf

12-1-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1143| Komen: 1

Description: Syarikat gergasi penyedia perkhidmatan pendidikan swasta di China, New Oriental Education & Technology Group Inc. dilaporkan memecat hampir 60,000 pekerja pada 2021, lapor laman berita Wion News, kelm ...
Syarikat gergasi penyedia perkhidmatan pendidikan swasta di China, New Oriental Education & Technology Group Inc. dilaporkan memecat hampir 60,000 pekerja pada 2021, lapor laman berita Wion News, kelmarin. 


Perkara itu berlaku selepas Beijing memperkenalkan peraturan baharu melibatkan pendidikan swasta di negara itu.


Kredit foto: CNN

Pengasasnya, Yu Minhong mengesahkan berita itu menerusi catatan di akaun WeChatnya.

“Syarikat kami menghadapi ‘terlalu banyak perubahan pada 2021’ dan menyalahkan pemberhentian pekerja disebabkan ‘dasar-dasar, pandemik dan hubungan antarabangsa’. Kebanyakan perniagaan kami kekal dalam keadaan tidak menentu,” tulis Minhong. 


Tambah beliau, syarikatnya menyaksikan penurunan pendapatan sebanyak 80 peratus selepas menamatkan semua perkhidmatan pengajaran K-9nya. 

Dalam catatan lain, beliau berkata, walaupun selepas pemberhentian secara besar-besaran, syarikat itu masih mempunyai kira-kira 50,000 pekerja dan guru.

Mengikut laporan tahunan terkini, syarikat itu mempunyai lebih 88,000 pekerja sepenuh masa dan 17,000 guru dan kakitangan setakat Mei tahun lalu. 


Kredit foto: SCMP

Masih belum jelas sama ada pekerja kontrak itu adalah antara 60,000 orang yang telah dipecat.

Tahun lalu, syarikat itu membelanjakan AS$3.1 bilion (RM12.998 bilion) untuk membayar balik caj tuisyen prabayar kepada pelanggan. 

Tindakan dilakukan untuk memberi pampasan kepada pekerja yang diberhentikan. 

Syarikat itu turut kehilangan kira-kira AS$28 bilion (RM117.4 bilion) dalam nilai pasaran tahun lalu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 12-1-2022 04:33 PM
Dkt malaysia hmpir 2 thun tiada kelas fizikal tibe2 16K dapat jawatan guru

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.169840 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top