CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembedahan Berjaya, Lelaki Hidup Guna Jantung Babi

11-1-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3912| Komen: 52

Description: New York: Seorang lelaki dari Maryland, di sini, sudah tiga hari hidup menggunakan jantung babi selepas pembedahan pemindahan organ membabitkan binatang berkenaan kepada manusia yang pertama di dunia ...
New York: Seorang lelaki dari Maryland, di sini, sudah tiga hari hidup menggunakan jantung babi selepas pembedahan pemindahan organ membabitkan binatang berkenaan kepada manusia yang pertama di dunia itu berjaya dilakukan pasukan perubatan.


Pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Maryland membuktikan babi yang diubah suai genetiknya dan kali pertama digunakan sebagai penderma organ membuahkan hasil, lapor USA Today.

Dave Bennett, 57, sanggup mempertaruhkan nyawanya demi percubaan itu dengan menjadi manusia pertama yang mengambil risiko berkenaan selain berharap memberinya peluang untuk meneruskan kehidupan.


Foto: Agensi


Manakala anaknya, David menyifatkan kejayaan pemindahan organ penting itu sebagai satu keajaiban.

Dalam pembedahan selama sembilan jam itu, doktor menggantikan jantungnya dengan jantung daripada babi berusia satu tahun.

Bennett bernafas sendiri tanpa ventilator, walaupun dia masih menggunakan mesin ECMO yang melakukan kira-kira separuh tugas mengepam darah ke seluruh badannya.

Saintis sudah menjalankan kajian selama beberapa dekad untuk memikirkan cara menyelamatkan nyawa manusia dengan organ haiwan.

Lebih daripada 100,000 orang duduk dalam senarai menunggu pemindahan organ, mengalami gejala dan kesan sampingan yang teruk.

Kira-kira 6,000 daripada mereka mati setiap tahun menunggu orang lain untuk memberikan mereka buah pinggang, jantung atau paru-paru.

Menurut saintis, babi mempunyai organ serupa dengan manusia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 11-1-2022 09:51 AM
hebat pasukan perubatan ini
Quote Simunggu 11-1-2022 10:06 AM
apa hukumnya ya...dari segi Islam...kinzir tu..
Quote rospinki 11-1-2022 10:10 AM
well..im not surprise! hiks..
Quote zarulnazmi 11-1-2022 11:03 AM
Simunggu: apa hukumnya ya...dari segi Islam...kinzir tu..


hukumnya tetap haram.
Quote Samerosie 11-1-2022 11:05 AM
sohai tersenyum sinis.
Quote intan244 11-1-2022 11:19 AM
jantung dia dah rosak ke kena ganti tu
Quote putput 11-1-2022 11:20 AM
nampaknya si kafir lebih panjang umur dr si muslim ya dalam hal ini
Quote Orix 11-1-2022 11:28 AM

memandai jah ko
Quote Dwdrum 11-1-2022 11:40 AM
Ada Dr pakar muslim yang buat organ transplantation guna babi... Di malaysia masih pikir halal haram...
Quote keane.somewhere 11-1-2022 11:42 AM
Dwdrum replied at 11-1-2022 11:40 AM
Ada Dr pakar muslim yang buat organ transplantation guna babi... Di malaysia masih pikir halal haram ...


Orang dah fikir kedepan...diorg punye pemikiran tak boleh berkembang sebab barrier dari Hukum berasal Padang Pasir...paling menarik Babi tak hidup di Padang pasir
Quote keane.somewhere 11-1-2022 11:44 AM
putput replied at 11-1-2022 11:20 AM
nampaknya si kafir lebih panjang umur dr si muslim ya dalam hal ini

Sebab tu buih2 dilautan...beranak banyak Dan banyak juga mati
Quote Jijoli 11-1-2022 01:33 PM
harus  @ wajib kot kalau tu saja cara nak selamatkan nyawa, yg haram tu sengaja  dimakan dan disentuh
Quote Artemesiaa 11-1-2022 01:43 PM
Masih terlalu awal untuk mengatakan ianya sebagai berjaya.  Kena tinggu lagi dua minggu untuk benar2 memastikan kejayaanya kata pakar.
Quote FOTHER-MUCKER 11-1-2022 03:01 PM
Dwdrum replied at 10-1-2022 07:40 PM
Ada Dr pakar muslim yang buat organ transplantation guna babi... Di malaysia masih pikir halal haram ...

Lobai Malaysia promot kebodohan  supaya orang melayu jadi seperti mereka.

Inilah akibatnya apabila terlalu ramai yang nak jadi lobai.
Quote clueless_gamer 11-1-2022 03:30 PM
kalau dah darurat .. boleh je kira dibenarkan dlm syarak

takde masalah pun dekat sini.. saje nak play victim kan?

sekarang ni pun dah mula guna 3d printed organ, tak lama lagi dah tak pakai lah organ haiwan ni.. (cleaner + customizable)

tadi baru tgk dkt tv, pace maker skrg ni pun dah canggih.. pesakit letak "scanner" device (palm sized) dekat rumah, lepas tu send data ke doctor/ hospital.. tak payah nak datang hospital for check up lagi dah

geng acah liberal ni tak lama lagi habis modal lah pasal jantung babi ni.. siannnn
Quote sharlenetexas 11-1-2022 03:34 PM
Artemesiaa replied at 11-1-2022 01:43 PM
Masih terlalu awal untuk mengatakan ianya sebagai berjaya.  Kena tinggu lagi dua minggu untuk benar2 ...

Nak tgk keserasian. Tahan berapa tahun organ tu. Kena makan ubat. Tak silap andrea de cruz makan ubat sepanjang hayat (untuk kes pemindahan organ). Adik penerima hati yang dah meninggal tu sempat merasa umur lebih dua puluh tahun.

Quote dua_chzy 11-1-2022 04:10 PM
clueless_gamer replied at 11-1-2022 03:30 PM
kalau dah darurat .. boleh je kira dibenarkan dlm syarak

takde masalah pun dekat sini.. saje nak pl ...

Sini, blood transfusion between kapir dan non kapir pun boleh jadi isu kak...
Quote Artemesiaa 11-1-2022 05:34 PM
sharlenetexas replied at 11-1-2022 03:34 PM
Nak tgk keserasian. Tahan berapa tahun organ tu. Kena makan ubat. Tak silap andrea de cruz makan u ...

Betul tu nak tgk keserasian.  Organ haiwan ke manusia katanya kena tunggu dua minggu untuk pastikan benar2 berjaya sebab ni pertama kali katanya.  Selain kena berterusan dengan ubat ubatan.
Quote Dwdrum 11-1-2022 05:56 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-1-2022 11:01 PM
Lobai Malaysia promot kebodohan  supaya orang melayu jadi seperti mereka.

Inilah akibatnya apabil ...

Tidak salah mahu jadi jumud bukan 1 package dengan kebodohan

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top