CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Joli Di Kelab Malam, Bakal Pengantin Sengaja Mahu Dijangkiti Covid-19

11-1-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1180| Komen: 1

Description: Seorang wanita mengakui pergi ke kelab malam dengan sengaja mahu dijangkiti Covid-19.
Seorang wanita mengakui pergi ke kelab malam dengan sengaja mahu dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, bakal pengantin warga Australia itu menunjukkan dirinya memeluk individu tidak dikenali dan meminum air mereka.


Malah, wanita itu juga menari di sebuah kelab malam yang sesak dengan pengunjung, dengan harapan dijangkiti virus itu lebih awal.

Foto: Daily Star

Memetik laporan Mirror Online, wanita berkenaan akan melangsungkan perkahwinan pada Februari dan kini kecoh mengenai varian Omicron melanda Australia, dengan banyak jangkitan.

Keadaan itu membuatkan ramai mengasingkan diri dan dia cuba memulakan rancangannya.

Menerusi satu kapsyen klik rakaman, katanya: "POV (sudut pandang) perkahwinan anda dalam enam minggu lagi, dan anda masih belum dijangkiti Covid."

Beberapa pakar menyelar tindakan wanita tersebut sebagai 'terlalu bodoh'.

Walaupun Omicron kini lebih mudah merebak, tetapi ia mungkin kurang berbahaya berbanding strain, tetapi masih boleh menjadi 'pembunuh' dalam sesetengah kes.

Terdapat juga kemungkinan dia mungkin mendapat jangkitan daripada strain lain yang boleh membunuh.

Ketua pegawai perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata, orang ramai tidak seharusnya memandang rendah terhadap ancaman varian baharu itu.

Pakar lain turut menunjukkan bahawa virus tersebut juga boleh dijangkiti lebih daripada sekali.

Orang ramai digesa untuk mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin sebagai usaha mengurangkan kesan virus. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-1-2022 08:03 PM
Elok la mampos teros..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068137 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top