CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Niat Jatuhkan Imej Pegawai Perubatan, SPRM Padam Video 'MC Boleh Jadi Rasuah'

7-1-2022 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2020| Komen: 23

Description: Putrajaya – Bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keputusan untuk menurunkan video pengumuman perkhidmatan awam (PSA) ...
Putrajaya – Bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keputusan untuk menurunkan video pengumuman perkhidmatan awam (PSA) yang dimuat naik mereka pada Selasa lalu.


SPRM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai respon yang diterima berhubung video bertajuk ‘MC boleh menjadi rasuah’ itu termasuk daripada pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).



“Video PSA yang diterbitkan mereka itu adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

“Dalam konteks video itu, ia merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu atau MC dan contoh berkenaan adalah berdasarkan situasi sebenar yang pernah disiasat oleh SPRM menerusi aduan yang diterima daripada majikan dan orang awam kepada suruhanjaya ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, suruhanjaya itu tidak berniat untuk menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam isu berkenaan.

“SPRM amat menghargai segala usaha, pengorbanan serta sumbangan daripada setiap pengamal perubatan di negara ini khususnya ketika negara berdepan dengan penularan Covid-19.

“Sehubungan itu, bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, SPRM mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, MMA dalam satu kenyataan dikeluarkannya semalam turut menyelar video kesedaran antirasuah yang dimuat naik suruhanjaya itu yang memaparkan seorang doktor menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil cuti sakit.

MMA turut menyarankan agar SPRM menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesejnya dan menuntut agar suruhanjaya berkenaan menurunkan segera klip video berkenaan yang dianggap sebagai mencemarkan imej profesion perubatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeritters 7-1-2022 07:40 AM
Reality hurts...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote venom1 7-1-2022 07:40 AM
2022 tahun SPRM.
Quote iman_kasih 7-1-2022 07:42 AM
Open secret
Quote MissYouSayang 7-1-2022 07:53 AM
Gigih nyeh sprm ni amek contoh kecik mcm mc ni.
Padahal bole je amek contoh kes bsr jibby yg dah jadi kemaluan negara tu.
Quote caprut 7-1-2022 07:55 AM
Sebab tu kesihatan ptot diswastakan. Alaa setakat beli MC je pon. Klo org tu kerap sgt MC. Biar la company dorg yg fkir nk buang, nk kaunseling ke..

Byk lg isu pentig dari beli MC ni
Quote caprut 7-1-2022 07:56 AM
Btw, setakat MC sehari company dia kjer bkn prasan pon. Ni MC brbulan dkt hospital swasta pastu memekak dtg fasiliti ksihatan kerajaan nk countersign MC swasta dia tu.

Selalu yg nk gak countersign MC swasta dia tu pkrja gomen gak la tu.

Quote caprut 7-1-2022 07:57 AM
iman_kasih replied at 7-1-2022 07:42 AM
Open secret

Sebab tu kesihatan ptot diswastakan. Alaa setakat beli MC je pon. Klo org tu kerap sgt MC. Biar la company dorg yg fkir nk buang, nk kaunseling ke..

Byk lg isu pentig dari beli MC ni
Quote iman_kasih 7-1-2022 08:09 AM
caprut replied at 7-1-2022 07:57 AM
Sebab tu kesihatan ptot diswastakan. Alaa setakat beli MC je pon. Klo org tu kerap sgt MC. Biar la ...

Aku setuju banyak lagi isu lain yg lagi besar yg patut depa highlight kan. Tapi isu MC ni pun bukan baru. Memang kena buat sesuatu utk hentikannya dari terus berleluasa.

Pekerja swasta ke gomen ke memang ada jenis yg suka MC ni. Dah la MC tipu,  pastu boleh pulak pi jalan2 ke mall la balik kampung la. Dia sedap2 ke sana sini,  kerja dia orang lain kena buat.

Yg jadi masalah pasal MC ni bila ada segelintir pegawai perubatan yang senang2 bagi MC. Kalau depa strict pasal ni xde isu pun sebenarnya. Doktor2 ni la yg perlu dipantau.

Jz my 2 cent
Quote takayama 7-1-2022 08:19 AM
yg selalu dpt MC walau x brp nk sihat tu swasta tp klu klinik gomen xde maknanya
Tp utk SPRM buat video camnie mmg x kena, apa kata buat video contoh memberi & menerima tu dgn menggunakan akaun Abu tp yg empunya duit tu Ali, ada bran
Quote saviour_09 7-1-2022 08:27 AM


sibuk tepi kain orang, kain sendiri compang camping sampai nampak gstring
Quote mamichik 7-1-2022 08:39 AM
mc boleh sebabkan rasuah.. adik boleh sebabkan abang masuk sorgaaaa
Quote Firenzza 7-1-2022 08:44 AM
Mungkin kena cari adik doktor yg bg MC  baru x dikira rasuah
Quote Normabaru 7-1-2022 10:06 AM
Kaka xbagi rasuah..kaka beli mc je..hehehe..rm10 je
Quote Normabaru 7-1-2022 10:08 AM
caprut replied at 7-1-2022 09:56 AM
Btw, setakat MC sehari company dia kjer bkn prasan pon. Ni MC brbulan dkt hospital swasta pastu meme ...

Countersign tu ape dik..

Br Tau ada praktis Gini..hehe
Quote keane.somewhere 7-1-2022 10:10 AM
Sikit2 terhina...pegawai Perubatan tu terhina dengan teguran perbuatan Hina.

Only in Malaysia...so lousy
Quote mejaputih 7-1-2022 10:11 AM
rasanya kalau adik dia doktor dan bagi MC tu baru tak dikira rasuah.
Quote bakingsoda 7-1-2022 01:21 PM
itu pon nak melenting ke, bukannya dorang tuduh semua golongan perubatan kaki rasuah, tapi ni contoh sekecil2 rasuah. kalau yg contoh besar suruh ketua sendiri je buat lakonan semula
Quote caprut 7-1-2022 01:34 PM
Normabaru replied at 7-1-2022 10:08 AM
Countersign tu ape dik..

Br Tau ada praktis Gini..hehe

Selalu pegawai gomen yg minta.
Aku tk pastikan mc gomen ni kalau admit brp hari layak.

Kata la 90 hari kan klo admit tp pegawai gomen ni byk duit ada insuran hospital swasta kasi mc 120 hari.

Jdi pegawai gomen pon akan bertengakar dgn doktor gomen sruh sign mc lg skli

Mcm tula. Bila ckp psal ni akub tringt ada satu pegawai dari kementerian sains kot dia marah doktor sign jela MC lg skli. Vaksin tu pon dpt dari kementerian saya kan.
Ntah mana la prgi kementerian tu skrg
Quote caprut 7-1-2022 01:38 PM
iman_kasih replied at 7-1-2022 08:09 AM
Aku setuju banyak lagi isu lain yg lagi besar yg patut depa highlight kan. Tapi isu MC ni pun buka ...

Bnda tu semudah tu. Tak ksi MC ckp tk paham keadaan dorg. Kasi MC lg suke la dorg dtg lg mnta MC. Kang doktor tkmo ksi pakar suruh ksi pula. Bila doc kasi pakar ckp jgn kasi MC pula

Haha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.111925 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top