CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Memandai-Mandai Cucuk Vaksin Covid-19 Pada Rakan Anak

7-1-2022 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1281| Komen: 1

Description: New York – Seorang guru telah ditahan selepas sebuah klip video tersebar yang menunjukkan dia memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang remaja, lapor akhbar Metro UK.
New York – Seorang guru telah ditahan selepas sebuah klip video tersebar yang menunjukkan dia memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang remaja, lapor akhbar Metro UK.


Laporan mendapati Laura Russo, 54, didakwa memberi suntikan vaksin kepada seorang remaja berusia 17 tahun di rumahnya di Long Island, New York pada malam Tahun Baharu lalu tanpa kebenaran ibu bapanya.

Guru Biologi di Sekolah Tinggi Herricks yang tidak mempunyai kelayakan dari segi perubatan itu boleh dipenjarakan selama empat tahun jika sabit kesalahan.


Foto: FB

Menerusi rakaman video yang dikongsikan agensi berita News4, Russo dilihat mengelap bahu remaja lelaki itu sebelum mengambil jarum dan menyuntik sejenis cecair pada lengannya.


“Inilah vaksin di rumah,’’ kata remaja lelaki tersebut yang dipercayai rakan kepada anak guru berkenaan.

Setelah pulang ke rumah, remaja itu mengaku kepada ibu bapanya bahawa dia telah diberi suntikan vaksin.

Menurut polis, tidak jelas bagaimana Russo memperoleh dos vaksin Covid-19 dan jenamanya turut tidak diketahui, jelas agensi berita tersebut.

“Selain menyalahi undang-undang, ia bukan perkara yang bijak untuk dilakukan.

‘’Hanya kakitangan profesional yang diberi kuasa dan berlesen sahaja boleh menyuntik vaksin dengan mengetahui cara suntikan yang betul untuk mengelak sebarang komplikasi yang boleh ditangani dengan segera dan cekap,’’ jelas Ketua Penyakit Berjangkit Hospital Mount Sinai South Nassau, Oceanside, Dr. Aaron Glatt. 

Russo didakwa dengan amalan tanpa kebenaran profesion dan akan hadir dibicarakan di mahkamah pada 21 Januari. – CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-1-2022 09:13 AM

New York – Seorang guru telah ditahan selepas sebuah klip video tersebar yang menunjukkan dia memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang remaja, lapor akhbar Metro UK.





Ads by


Laporan mendapati Laura Russo, 54, didakwa memberi suntikan vaksin kepada seorang remaja berusia 17 tahun di rumahnya di Long Island, New York pada malam Tahun Baharu lalu tanpa kebenaran ibu bapanya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.091771 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top