CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penternak Lepaskan Lebih 10 Ribu Lebah, Tujuh Pegawai Polis Habis Disengat

5-1-2022 02:45 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1154| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Empat penternak lebah ditahan dengan polis selepas melakukan demonstrasi di depan istana presiden Chile di Santiago pada hari Isnin.
Reuters melaporkan, empat penternak lebah ditahan polis selepas melakukan demonstrasi di depan istana presiden Chile di Santiago.

Menurut pegawai tempatan, tujuh pegawai polis disengat dengan lebah semasa demonstrasi itu berlangsung.

kredit foto: Dailymail

 Penternak lebah mahukan reformasi pemerintah untuk meningkatkan harga madu atau memberikan subsidi kepada pengeluar madu.

kredit foto: BBC
 
Penternak lebah meletakkan sekitar 60 sarang lebah, yang berisi sekitar 10,000 lebah, di jalan depan istana. 

Salah seorang penternak lebah, Jose Iturra, mengatakan kepada wartawan tempatan bahawa kemarau di kawasan Colina di utara Santiago telah membunuh populasi lebah tempatan. 

Membuat demonstrasi dengan meletakkan sarang lebah di jalan akan membuat orang awam takut dengan risiko yang ditimbulkan oleh lebah, terutamanya mereka yang ada alergi dengan lebah yang boleh membawa kematian jika disengat.

kredit foto: Reuters

Semua pegawai polis yang disengat telah dibawa ke hospital. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037564 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top