CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Long Tiger Junior’ Seronok Kira Duit

5-1-2022 02:26 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2959| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Description: Salah satu budi orang Malaysia bila nampak peminta sedekah, tentu ramai yang berlembut hati untuk menghulurkan seringgit dua buat mereka meneruskan hidup.

Sumber: Tiktok arshad.khan

Salah satu budi orang Malaysia bila nampak peminta sedekah, tentu ramai yang berlembut hati untuk menghulurkan seringgit dua buat mereka meneruskan hidup. Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak Rohingya dengan gelaran “Long Tiger Junior” yang dipercayai peminta sedekah bertindak kasar terhadap pengguna jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Andoryuu Buraddo di isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAHI). Dia telah memparkan seorang budak lelaki datang ke arah perakam video. Dalam video tersebut telah memaparkan budak lelaki berkenaan seolah-olah marah dan menuding jari. Budak lelaki itu juga dipercayai memukul kereta si perakam.

Sumber: Facebook Andoryuu Buraddo

Menurut Andoryuu Buraddo, di tangan budak lelaki berkenaan terdapat beberapa wang kertas bernilai RM10 dan RM50 yang diberikan pengguna jalan raya kepadanya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat di Cheras. Sehubungan dari perkongsian tersebut rata-rata warganet mendakwa kanak-kanak berkenaan bukan warganegara. Malah mereka turut mengecam tindakan kanak-kanak berkenaan yang dilihat kurang ajar.

“Tengah seronok kira duit?”

Bagaimanapun, gelagat kanak-kanak yang digelar ‘Long Tiger Junior’ itu sekali lagi terakam warganet ketika sedang sibuk mengira duit.

Menerusi video yang dimuat naik di platform Tiktok oleh pengguna dikenali sebagai arshad.khan menunjukkan budak lelaki berkenaan sedang duduk di laluan jalan kaki bersama seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam video tersebut dapat dilihat kedua-duanya sedang sibuk mengira duit sambil dilihat orang yang lalui lalang di kawasan tersebut. Malah, mereka juga dilihat sempat bergurau senda dan bergelak ketawa bersama-sama.


Sumber: Tiktok arshad.khan

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen berkenaan. Ada yang bersimpati malah ada juga yang meminta agar pihak berkuassa mengambil tindakan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 5-1-2022 02:47 PM
di Sabah sudah lama mcm ni...pilak datang dari pilipin....jual pelastik di pasar ikan, tolong angkat di pasar kk....mcm mcm...ada sudah jadi org local, ada yg kahwin org local, ada yg sudah mengundi....
Quote bakingsoda 5-1-2022 03:04 PM
entah laaa nampak kesian pulok ss kedua tu
Quote krustykrab 5-1-2022 03:10 PM
Ye lah...kesian kan? Lps tu meroyan..
Sudah2 la duk kesian kn diorg ni, makin korg kesian makin ramai puak2 dia tak sabaq2 nk mai sini
Quote ninja boy 5-1-2022 03:14 PM
Kenapa van putih x kidnap jual organ
Quote Skuau 5-1-2022 03:30 PM
pelik..apabila yg asyik kata..'kesian,kesian'..tu..tak pulok membantu mereka....bila kesian tu..bantu la mereka...apa daaaaa....
Quote TeropongThaico 5-1-2022 05:57 PM
Makin buruk meleis.
Bosan twit yg kata kesian tu. Ambil bela & bg pendidikan sewajarnya la kalau kesian sgt. Dgn biar diarg meminta macam ni bagus sgt ke utk masa depan diarg & negara
Pihak berwajib pun takkan tak pernah nampak budak2 ni. Takkan dibiarkan je. Nak biar lg parah ke
Quote caprut 5-1-2022 06:04 PM
Rasa da 3 4 kali aku cerita. Pacik aku dlu minta sedekah dkt area masjid jamek. Sehari boleh dapat rm300 cmtu. Marah mak aku , org kg tahu prangai cmtu. Bantuan JKM, zakat dapat.

Yg miskin org yg kasi derma tu.

Ouh lupa, bil ksihatan pon hmpir percuma dapat subsidi gomen
Quote Decaffeinated 5-1-2022 06:13 PM
Skuau replied at 5-1-2022 03:30 PM
pelik..apabila yg asyik kata..'kesian,kesian'..tu..tak pulok membantu mereka....bila kesian tu..bant ...

Walau pun aku susah nak kesian, aku OK je sesiapa nak kesian walau pun tak nak tolong.

Quote tripleid 5-1-2022 07:02 PM

Melayu mmg mudah lupa..elok2 menyampah haritu terus jadi kesian lepas tgk bideo long tiger jr gelak2 merempat tepi jln
Quote ChildrenOfBodom 5-1-2022 07:35 PM
bangsa haprak
Quote Adrif 6-1-2022 12:16 AM
video dah berhari2 viral pun takde tindakan lagi ke

pihak berkuasa tak boleh buat ape, tak boleh buat ape

ni dah mendatang kan kegusaran orang awam, mengganggu kesejahteraan masyarakat, still tak ambil tindakan ke? membahayakan pengguna jalan raya lagi

yes, dok kesian kesian. diorang selamat sebab bernasib baik so far
ingat, Malaysia ni bukan diorang je samseng atau penjenayah
silap haribulan, kereta yang diorang ketuk tu penjenayah lain, jadi kes lain pulak nanti

bangsa ni aku pun dulu kesiankan
tapi bila kes demi kes demi kes balik2 tengok orang diorang jugak naik kepala kat Malaysia ni
lama2 aku pun benci

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085192 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top