CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tadika Swasta Terlalu Mahal? Perkasakan Tadika Kemas

5-1-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6032| Komen: 102

Description: Petaling Jaya – Kerajaan diminta menyelaraskan caj tadika berdasarkan kos, prasarana, kecekapan dan keupayaan sesebuah tadika bagi memastikan pendidikan adalah adil untuk semua kanak-kanak.
Petaling Jaya – Kerajaan diminta menyelaraskan caj tadika berdasarkan kos, prasarana, kecekapan dan keupayaan sesebuah tadika bagi memastikan pendidikan adalah adil untuk semua kanak-kanak.


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, caj berbeza-beza ketika ini menyebabkan ada tadika mengenakan kadar yang terlalu tinggi.

“Kita juga berharap agar semua tadika diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) supaya penyelarasan dan pemantauan dapat dilakukan.

“Mungkin juga kita boleh gredkan tadika-tadika yang ada supaya rakyat tidak dikelirukan dengan caj yang dikenakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Foto: Kosmo


Dalam pada itu, Mohamad Ali mencadangkan supaya tadika di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diperkasakan dan dijenamakan sebagai Tadika Nasional.

Jelas beliau, dengan cara itu ibu bapa lebih yakin anak-anak mereka akan mendapat pendidikan yang setanding tadika swasta walaupun caj atau yuran dikenakan adalah rendah.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada garis panduan berhubung caj yang boleh dikenakan oleh tadika.

Menurut beliau, garis pan­duan itu perlu dipatuhi oleh setiap tadika dalam mengenakan caj terhadap ibu bapa atau penjaga supaya tiada pihak boleh mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.

“Jika tidak, tadika boleh kenakan caj sesuka hati dan mungkin perlu ada satu badan diwujudkan antara kementerian-kemente­rian terlibat untuk mengkoordinasi hal tadika,” katanya.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pula berpandangan, sudah tiba masa kerajaan masuk campur dan menyusun agenda yang menyeluruh mengenai aspek pendidikan prasekolah.

Kata beliau, tadika swasta perlu dilatih sebagai operator prasekolah yang sebahagian kos opera­sinya dibiayai oleh kerajaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 5-1-2022 12:59 PM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta yuran beribu lepastu mengeluh.
Pssst member FB aku tiap tahun up yuran tadika anak dia beribu. Acah2 tak jumpa tadika kemas. Tahun ni dah masuk darjah 1 tetap nak Flex kata dah jimat duit mama rm10k setahun untuk yuran bulanan sahaja
Quote pakderis 5-1-2022 01:04 PM
kami pun nak hantar ke tadika kemas, tapi xde penjagaan or kelas fardhu ain hingga ke petang, so bagi ibu bapa yang berkerja ini kekangan terbesar.
Quote Supersirap 5-1-2022 01:05 PM
naina replied at 5-1-2022 04:59 AM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta  ...

Sangat setuju, tadika kemas atau perpaduan perlu diperbanyakkan lagi dengan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran
Quote Suchi 5-1-2022 01:44 PM
Lerr bukan org tanak hantar tadika kemas tapi tadika tu tak byk terutama kat kat kwasan bandar.
Kat kg tadika tu tak ramai murid pun sbb sapa je lagi nak beranak kecik? Cucu2 org je kalau ada pun.

Kat bandar tadika ni sgt sikit yaaa patut setiap taman ada tp tidak yaa. 3-4 taman kongsi satu tadika perpaduan/kemas.

Satu lagi prasekolah, dh kenapa tak buat kelas sama byk mcm kelas budak darjah 1? Pra sekolah hanya terima 100 pelajar je. Tu pun buat 2 sesi.
Quote Suchi 5-1-2022 01:53 PM
Edited by Suchi at 5-1-2022 01:58 PM
naina replied at 5-1-2022 12:59 PM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta  ...


Betul tu tadika kemas/perpaduan ni sgt la sikit. Kat taman iols takde tadika kemas tp ada tadika perpaduan tu pun terhad laa.

Tadika kemas kat taman lain yg agak jauh kena pi sana la mohon tu pun kalau dapat.
Sepatutnya kerajaan buat byk2 tadika kemas dan juga bykkan kelas prasekolah.
Pra sek ni bagus utk biasakan bebudak ni dgn suasana sekolah yg sebenar berbanding tadika swasta kat shop lot tu padang pun takde tp dia punya yuran bapak ahh mahal.
Padahal cikgu bukan graduan pendidikan awal kekanak pun.
Berbeza ngn pra sek ya cikgu adalah cikgu yg sebenar bukan adik2 bbnu yg menganggur takde keje so sauk jelaa jd cikgu tadika walupun ko bukan minat sgt nak ngajor bebudak kecik ni.

Quote TabletSusu 5-1-2022 01:54 PM
Suchi replied at 5-1-2022 05:44 AM
Lerr bukan org tanak hantar tadika kemas tapi tadika tu tak byk terutama kat kat kwasan bandar.
Kat  ...

kat area rumah aku ada preschool kat dalam sekolah kebangsaan. tu tadika kemas ke? kiranya x semua sekolah kebangsaan ada preschool ni he?
Quote sarahmirza 5-1-2022 01:55 PM
Tadika perpaduan dah takde eh?
I dulu pergi tadika perpaduan depan rumah je...
Tadika kemas ni bukan org tak nak hantar anak tapi sesetengah tempat tu kalau anak ko dapat tempat kat kemas or pra-sekolah,  habis kena kecam sebab amik hak B40.
Quote naina 5-1-2022 01:57 PM
Suchi replied at 5-1-2022 01:53 PM
Betul tu tadika kemas/perpaduan ni sgt la sikit. Kat taman iols takde tadika kemas tp ada tadika p ...

Tadika kemas dengan tadika perpaduan tu tak sama ke? Pasti pun ok diperbanyakkan. Plus pasti ada daycare jugak sampai petang
Quote krustykrab 5-1-2022 02:00 PM
Dah tu kalau buat tadika kemas byk2...owner tadika swasta sapa nak join? Nenek2? Atuk2?
Dah la ekonomi menyusut, parah biz tadika2 mcm ni
Quote Suchi 5-1-2022 02:02 PM
TabletSusu replied at 5-1-2022 01:54 PM
kat area rumah aku ada preschool kat dalam sekolah kebangsaan. tu tadika kemas ke? kiranya x semua ...

Itu pra sekolah la. Untuk budak 6 tahun.Kalau hari sukan dorang join sekali utk kategori budak pra sekolah huhu.
Pra sekolah free, mkn minum pun free.
Tadika kemas plak utk budak 5 dan 6 tahun. Ada gak 4 tahun join depa panggil literasi kot tp kt bandar ni taktau la ada ke tak kat kg ade kelas literasi ni. Sekolah pun 3 hari je seminggu bebudak 4 tahun je kan.
Tadika kemas ada yuran bulanan tp murah jela dulu2 RM5 je skrg taktau verapa tp still murah la sbb sekolah gomen kan.
Quote elzy 5-1-2022 02:05 PM
Ingat kita suka-suka bayar mahal hantar anak ke tadika swasta?
Tadika Kemas tak banyak, hanya di kawasan tertentu saja..
Quote Suchi 5-1-2022 02:08 PM
naina replied at 5-1-2022 01:57 PM
Tadika kemas dengan tadika perpaduan tu tak sama ke? Pasti pun ok diperbanyakkan. Plus pasti ada d ...

Dedua gomen tp iols pun taktau napa ade 2 jenis. Kira dibawah jabatan berbeza kot.

Pasti ni pas punya kira swasta laa sbb tu ade transit. Tp yuran pun tak mahal sgt kan.
Pasti kat area umah iols time PKP aritu smapai minta derma.
Tadika swasta lain takde la nampak minta derma lagi maybe masih mampu bertahan kot.
Quote caprut 5-1-2022 02:14 PM
Sebelum kahwin ada anak tk fikir ke kos2 semua ni. Aiyo, semua nk bntuan
Quote caprut 5-1-2022 02:15 PM
krustykrab replied at 5-1-2022 02:00 PM
Dah tu kalau buat tadika kemas byk2...owner tadika swasta sapa nak join? Nenek2? Atuk2?
Dah la ekono ...

Susah org malaysia ni. Semua nk murah pastu kualiti nk trbaik. Yg nk itu ini pon tk cermin diri
Quote caprut 5-1-2022 02:17 PM
naina replied at 5-1-2022 12:59 PM
Mohon bina banyak lagi tadika kemas
Ramai orang miskin bandar tak mampu tapi terpaksa hantar swasta  ...

Da tau miskin knp nk kawen ada anak? Rancang la kehidupan tu betol2.

Tgok masa PKP tadika swasta try gak nk jaga bdk2 ajar bdk2 sbb nk income.

Kalau semua nk gomen uruskan. Nti ttup, cmtu2 je byr gaji staff tp tadika tutup
Quote pekanwoohoo 5-1-2022 02:18 PM
Sebagai hasil didikan tadika kemas, saya sokong kalau tadika kemas ni diperbanyakkan lagi. Mahal apa entah yuran tadika sekarang, rm800 paling murah area cyberjaya ni. Gila,installment kereta aku murah lagi.
Quote ninja boy 5-1-2022 02:21 PM
Tau beranak, kos tanggung anak x mau
Quote caprut 5-1-2022 02:24 PM
pekanwoohoo replied at 5-1-2022 02:18 PM
Sebagai hasil didikan tadika kemas, saya sokong kalau tadika kemas ni diperbanyakkan lagi. Mahal apa ...

Mmg la mahal kak. Nk bayar gaji staff lg. Bil api air lg. Pastu mana ada org niaga nk rugi
Quote caprut 5-1-2022 02:26 PM
ninja boy replied at 5-1-2022 02:21 PM
Tau beranak, kos tanggung anak x mau

Kesian ramai org susah dkt malaysia. Tp tk sedar diri. Ada anak bukan main bgga lagi. Tp nk kluaarkan kos utk seorang anak bekira

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top