CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Bulan Merana Sebab Alahan- Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Bakal Timang Bayi Lelaki

5-1-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2605| Komen: 23

Description: PelakonEzzaty Abdullah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila dia kini hamil lapan bulan.
PelakonEzzaty Abdullah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila dia kini hamil lapan bulan.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini berkata, dia dan suami sudah membuat persiapan menyambut anak lelakinya di rumah baharu mereka di Puncak Alam, Selangor.


Foto: IG

"Kami baru settle beli semua barang baby tiga hari lepas sebab sebelum ini busy dengan shooting, lepas tu nak pindah rumah pula.

"Bila dah masuk rumah baru, masa itu la baru tersedar barang baby dan keperluan untuk dibawa ke hospital tak beli lagi.


"Due date dalam 21 Februari macam tu, tapi bila check ni baby dah turun. Jadi saya takut kalau dia keluar awal," katanya kepada mStar.


Terdahulu, Ezzaty memaklumkan perkara itu menerusi satu foto bersama suami dan anaknya di laman Instagram.

Menerusi posting tersebut, Ezzaty memberitahu bahawa bilangan ahli keluarga mereka akan bertambah pada bulan hadapan.

Dalam pada itu, berkongsi lanjut tentang kehamilannya, Ezzaty berkata, dia tidak mengidam sebarang makanan tetapi mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan.



Katanya, dia juga tidak berdaya untuk berdiri mahupun duduk kerana rasa sakit pada bahagian perut.

"Mengidam tak ada sangat, tapi masa empat bulan pertama tu teruk juga rasa tak selesa. Tak boleh berdiri... tak boleh duduk, lima minit berdiri je perut rasa sakit macam gastrik.



"Empat bulan la merana, setiap malam memang susah nak tidur. Pukul 5 pagi baru dapat tidur, Azwan banyak tolong saya jagakan Harum pada waktu itu.

"Ini kali pertama saya rasa alahan sebegini, sebab waktu mengandungkan Harum dulu semuanya indah belaka macam orang tak pregnant," katanya.



Sementara itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini berharap agar proses kelahiran anak kedua ini dipermudahkan sama seperti cahaya mata sulungnya iaitu Harum Dalia.

"Anak kedua saya ini lelaki. InshaAllah... sebab dah sembilan kali scan pun masih nampak jantinanya lelaki.

"Kami sudah ada beberapa nama pilihan, kena tunggu baby dah keluar dan tengok muka dia baru la boleh pilih mana yang sesuai.

"Saya harap kelahiran kali ini juga dipermudahkan sama seperti dengan Harum dulu, masa tu saya tak rasa contraction semua. Kalau Allah bagi saya lalui perasaan itu sekali lagi memang rezeki," ujarnya.



Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 16 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JalaEmas 5-1-2022 10:06 AM
tahniahh.. kalau cite bab alahan ni mmg trauma btul rase.. .. melepet cam kain buruk je rase..
Quote bluecrystal 5-1-2022 10:07 AM
5 tahun dah rupanya anak sulung sheols..suka jugak ezzaty ni..macam ni la kalau nak sorok2 awal mengandung..tak payah hint2
Quote Suchi 5-1-2022 10:08 AM
Selalunya pregnant anak perempuan dan kembar yg mabuk teruk tp dia ni terbalik pulak.
Quote exclusive_vvip 5-1-2022 10:20 AM
besar dah anak sulung dia..rasa mcm baru je lagi baca berita yg dia kena gi hospital sbb bengkak susu tu..
Quote mizruncing 5-1-2022 11:46 AM
semoga dipermudahkan semuanyaaa
Quote adelea 5-1-2022 11:53 AM
Tahniah Ezzaty semoga di permudahkan .  
Quote ibu_haritz 5-1-2022 03:58 PM
Suchi replied at 5-1-2022 10:08 AM
Selalunya pregnant anak perempuan dan kembar yg mabuk teruk tp dia ni terbalik pulak.

betul uuu..iols mengandung anak lelaki kemain cergas ke sane kemari..
yg perempuan, alahan terukkk..mkn muntah mkn muntah..air liur asik keluar..tak boleh berckp..kt opis dok melepek bwh meja...
Quote oggy 5-1-2022 04:15 PM
Cantiklah dia ni... Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat semuanya.
Quote hotmak 5-1-2022 04:39 PM
amin moga di permudahkan urusan bersalin
Quote JalaEmas 5-1-2022 04:45 PM
ibu_haritz replied at 5-1-2022 03:58 PM
betul uuu..iols mengandung anak lelaki kemain cergas ke sane kemari..
yg perempuan, alahan terukkk ...

ckp pasal air liur ni, same dgn iols.. tiap kali mengandung air liur jd byk giler dahlah pahit tak boleh nk telan...hazab betholl.. asyk nk meludah je keje.. kemane2 pegi bwak beg plastik.. g
Quote Nozot 5-1-2022 06:07 PM
i mengandung anak lelaki nie paling teruk, tersadai tepi tandas ja, boleh minum air kosong berais & makan jambu batu ja..
Quote umbut 5-1-2022 06:39 PM
Rindunya nak ngandung lagi. Tapi dah tua
Quote Chah21 5-1-2022 11:22 PM
Suchi replied at 5-1-2022 10:08 AM
Selalunya pregnant anak perempuan dan kembar yg mabuk teruk tp dia ni terbalik pulak.

Kes i kembar truk , singleton teruk,laki teruk, perempuan teruk... Maw nya org sruh tmbh lg,katanya ustazah asma ada ckp xleh planning lama2.. ???? btul ke xleh rancang lama2.. nk tutup kilang dh ni
Quote Suchi 6-1-2022 08:03 AM
JalaEmas replied at 5-1-2022 04:45 PM
ckp pasal air liur ni, same dgn iols.. tiap kali mengandung air liur jd byk giler dahlah pahit tak ...

Sama iols pun ada masalah air liur byk, betul
Bawak plastik ke mana2.
Bila kat umah paling teruk asik nak muntah sakit sgt perut sbb muntah jenis tekan2 tu sampai terkencing2.
Benci la bila ingt balik. Antara sbb napa jd malas nk ngandung lg walau kadang geram plak tgk baby.
Dlm adik badik iols sorang je ada masalah morning sickness teruk tiap kali ngandung org lain ok je.
Lagipun suami selalu outstation leceh ler nak hadap sorang iols kalau dh ngandung mmg lembik teruk cemana nk uruskan anak2 sekolah.
Quote Suchi 6-1-2022 08:11 AM
Chah21 replied at 5-1-2022 11:22 PM
Kes i kembar truk , singleton teruk,laki teruk, perempuan teruk... Maw nya org sruh tmbh lg,katany ...

Tahlaa tp kalau umur dh meningkat, byk mende gak nk kena pikir.
Iols risau sbb umur pun dh melepasi paras bahaya hahah iaitu umur dah masuk golongan berisiko kalau ngandung lg.
Risiko utk keguguran berulang, anak yg tak sempurna dan mcm2 lagi.
Quote JalaEmas 6-1-2022 08:16 AM
Chah21 replied at 5-1-2022 11:22 PM
Kes i kembar truk , singleton teruk,laki teruk, perempuan teruk... Maw nya org sruh tmbh lg,katany ...

ntahlh u.. yg i pernah dgr ustaz azhar ckp kalau merancang sebb tkt miskin & tak ckup rezeki je yg tak boleh.. kalau mrncg sebb mslh kesihtn mental or fizikal takde masalah.. kalau alhan teruk sgt smpai bahayakn diri boleh je.. iols pernah bace kt group ibu2 ngndung.. ade sorg tu alahan mmg teruk giler.. badan pon dh jd cm mayat hidup.. dehydrate teruk mase tu da nk masuk 16 weeks kot, smpai doc terpksa suggest terminate pregnncy sebb boleh ancam nyawa si ibu.. ish, iols mmg meremang bulu la kalau teringtkn alahan ni.. stress cmpur tak sihat semua ada.. dgn nk uruskn ank2 yg lain.. toilet bowl tu jd bestfren tiap kali ngndung..
Quote JalaEmas 6-1-2022 08:17 AM
Suchi replied at 6-1-2022 08:03 AM
Sama iols pun ada masalah air liur byk, betul
Bawak plastik ke mana2.
Bila kat umah paling teruk  ...

haa betul u.. smpai terkncing munth..  hazab2.. pastu muntah smpai kluar yg kuning yg hijau.. kadg perit tekak berdrah..
Quote ibu_haritz 6-1-2022 08:51 AM
JalaEmas replied at 5-1-2022 04:45 PM
ckp pasal air liur ni, same dgn iols.. tiap kali mengandung air liur jd byk giler dahlah pahit tak ...

yeeeee..bwk beg plastik..tak berckp langsung..klu member borak kita angguk2 geleng2 je...
igt balik pasal alahan ni mmg boleh nk muntah..
Quote ibu_haritz 6-1-2022 08:52 AM
utk tak OT, tahniah Ezzaty..suka tgk dia..berseri mengandung

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060637 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top