Gara-gara menghidap penyakit skizofrenia dan insomnia teruk, pelakon Scha Ellinea berdepan masalah sukar tidur pada waktu malam.
Menurut Scha, 21, keadaan itu menjadi lebih buruk jika dia bersendirian sehingga menyebabkan dia berasa takut dan perlukan teman. "Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan takut dan rasa tak selesa... pernah kejadian saya seorang diri, dalam pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur. "Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.
"Bukan itu sahaja, kalau ramai orang sangat pun saya jadi nervous! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin," katanya kepada mStar.
|
shi_jewel replied at 5-1-2022 03:16 PM
Tau tak schizo tu ape? Pnh tgk in real ke schizo pt? Retis ni smuanya bimbo trmasuk setajah semak
FrostQueen replied at 5-1-2022 03:27 PM
Exactly. Schizophrenia bukan main2 dowh. Maybe dia ada simptom psikosis trus2 nak ngaku schizo, id ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.425346 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.