CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elisya Sandha Susah Nak Dekati Noki K-Clique, Pemalu Dan Tak Banyak Cakap

4-1-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3102| Komen: 8

Description: Elisya Sandha mengakui sukar untuk mendekati gandingannya menerusi drama bersiri Oh My Hantaran, Noki K-Clique kerana sikapnya yang pemalu dan tidak banyak bercakap.
Elisya Sandha mengakui sukar untuk mendekati gandingannya menerusi drama bersiri Oh My Hantaran, Noki K-Clique kerana sikapnya yang pemalu dan tidak banyak bercakap.


Elisya berkata, penyanyi kelahiran Sabah itu semakin selesa pada hari kedua dan memudahkan keserasian antara mereka untuk menjayakan drama arahan Shuhaimi Lua itu.


Foto: Harian Metro

"Sejujurnya saya sukar untuk memahami percakapan Noki kerana loghat Sabah yang kuat, namun lama-kelamaan saya pula semakin mendalaminya. Tidak terlalu mahir, namun boleh faham juga percakapan mereka.

"Apatah lagi, bukan Noki seorang saja, malah rakan baiknya yang juga anggota K-Clique iaitu MK turut sama berlakon dalam drama ini. Saya suka mendengar perbualan mereka, namun sukar untuk faham pada peringkat awal," katanya.



Menurut Elisya, biarpun sukar mencipta keserasian pada awalnya, segalanya berlangsung dengan baik selepas masing-masing mula berborak dan saling berkenalan.

"Bercerita mengenai keserasian bersama Noki, memang pada mulanya kami belum sempat berkenalan rapat lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu, Noki sebenarnya pemalu dan tidak banyak bercakap jika belum kenal.

"Namun apabila sudah selesa memang banyak yang dibualkan. Biarpun kali pertama berlakon bersama, namun keserasian itu tidak susah untuk diwujudkan," katanya ketika sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara maya.



Drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua itu muka bersiaran sejak 29 Disember lalu, setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 jam 8.30 malam.

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya) iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun hubungan itu tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-1-2022 02:03 PM
yang boleh dekati Noki cuma iols dengan @Kurex jaaa..
Quote mamajawie 4-1-2022 03:42 PM
desanya muka noki..
Quote chekacheku 4-1-2022 03:54 PM
Based on novel ke ape ni..tajuk semacam je
Quote krustykrab 4-1-2022 04:28 PM
Bosannya drama ni sb 2 ekor pelakon leaki ni...aku tgk sbb elisya je...
Kalau gandingkn dgn izue islam lagi best kot
Quote doubleharmonic 4-1-2022 04:44 PM

tapi badan heshe sado yachh






Quote ladybugz 5-1-2022 08:41 AM
haha. i mmg suka lelaki muka mcm noki ni n pemalu is a plus2. yg muka hybrid i x minat. i tetap minat muka lelaki desa yg sedap mata memandang.
Quote mizruncing 5-1-2022 11:38 AM
erkkk tak tau plak dia sesuai berlakon hero. mcm dah takde pelakon lelaki lain plak kat mesia ni
Quote dudaberhias 5-1-2022 11:46 AM
nauzubillah min zalik desanya wajah dedua pasangan siri/drama ni...
rasa macam drama south african la pulak... entah2 sequel yang Amina dekat netflix tu...

kenapa ye wajah2 kpop, thai, putih dan kulit mulus kurang dalam drama2 dan industri hiburan Malaysia, padahal bersepah je muka macamtu di luar sana, cuma mostly wajah permukaan bulan la... yang tu takde masalah boleh edit macam drama2 cina/korea tu cuma kena hire video editor je...

ni yang rhoperrr pakcik grab dengan pompuan jual sayur dekat pasar selayang jugak yang jadi hero heroin drama...

korang kena faham ye muka2 macamni bukan tak sesuai jadi hero heroin tapi lebih sesuai untuk filem hero dayak dan heroin batak macamtu contohnya tombiruo, pakai topeng je sampai habis filem...

kalau drama cinta cintun ni tak sesuai nyah sebab orang pun nak fefeeling jadi pelakon2 dalam drama tu sambil berair... ni tak pasal2 penonton lagi cantik lawa dan herlokkk... tak ke potong stim nak fefeeling jadi pelakon dalam tu... ibarat downgrade diri sendiri pulak kalau fefeeling jadi pelakon yang lagi tak herlokkk dari wajah sendiri... baik kalih ke channel animal planet... kurang2 dapat tambah ilmu... atau lagi berair nengok binatang dalam animal planet tu berbanding pelakon2 drama sekarang..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049917 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top