CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kate Winslet Menangis Rindukan Leonardo Dicaprio

27-12-2021 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4111| Komen: 15

Description: Gandingan mantap pasangan selebriti, Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio ketika membintangi filem pecah panggung, Titanic pada 1997 cukup luar biasa dan masih meninggalkan impak sehingga ke hari ini.
Gandingan mantap pasangan selebriti, Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio ketika membintangi filem pecah panggung, Titanic pada 1997 cukup luar biasa dan masih meninggalkan impak sehingga ke hari ini.


Maka, tidak hairanlah hubungan mereka masih kekal utuh sebagai sahabat baik.


Kredit foto: Cosmopolitan

Winslet yang bertemu DiCaprio selepas sekian lama tidak bersua muka akibat pandemik Covid-19 mengakui sedih sehingga dia mengalirkan air mata.

"Perkenalan bersama DiCaprio boleh dikira separuh hidup saya. Hubungan akrab kami juga bukan seperti mengadakan perjumpaan makan malam atau minum kopi untuk bersembang.



"Ketika berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, saya tak berhenti menangis. Kami saling merindui kerana jarang dapat bertemu akibat Covid-19.

"Dia adalah sahabat sejati dan hubungan kami sangat akrab," katanya.

Ketika ditemubual media, Winslet turut mengimbas kembali memori indah ketika menjalani penggambaran Titanic bersama DiCaprio.

Ketika itu, Winslet berusia 21 tahun, manakala DiCaprio 22 tahun.


Kredit foto: Page Six

Menurut Winslet, selepas kejayaan filem arahan James Cameron itu, nama mereka terus menduduki senarai pelakon gred A.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengakui tidak selesa dengan perkara itu. Ini kerana penggambaran filem itu begitu berat dan meletihkan.

"Saya masih ingat dia begitu menderita. Ia tidak menyenangkan kami semua. Namun, kami semua bersatu menyiapkan filem terbabit walaupun dia mempunyai lebih banyak masa bercuti berbanding saya. Fenomena Titanic mengajar saya erti bersyukur dan menerima apa saja kemungkinan.

"Sebenarnya saya tidak patut mengeluh dan bila saya mengeluh saya tidak akan membiarkan wartawan mengetahuinya. Tidak mungkin saya menjatuhkan diri saya sendiri" katanya.



Kredit foto: Pop Sugar

Filem Titanic mencipta sejarah luar biasa apabila menjadi salah satu filem paling terlaris di dunia selain tercalon 14 kategori di Anugerah Akademi 1998 dan berjaya membawa pulang 11 anugerah.

Pada 2006, Titanic turut menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-12-2021 03:12 PM
kalau dekat sini, baru berlakon drama sampah adaptasi novel, terus digelar primadona
Quote ilahaz 27-12-2021 03:37 PM
i'll never let go jack-rose
Quote tumpanglalu74 27-12-2021 03:38 PM
Edited by tumpanglalu74 at 27-12-2021 03:39 PM

[youtube]IHYqiucB2Xk[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=IHYqiucB2Xk

Ini bukan sekadar lakonan..  Ini real.

Deleted sebab terlalu hot?

Quote sharlenetexas 27-12-2021 03:38 PM
Patut kat thread gosip antarabangsa.

Quote lipans 27-12-2021 03:48 PM
tu la... siapa suruh biarkan lionardo tenggelam hari tu.
Quote cmf_premierleag 27-12-2021 03:49 PM
org kata cite titanic ni best..aku lak bleh tido ms tgk cite ni
Quote rosmahisham 27-12-2021 03:50 PM
Titanic ni satu2 nya filem yg aku tgk 3x kat gsc.x pernah aku rajin ulang2 tgk siap beli dvd lagik..pdhal aku tgk ni terasa lemas namatey..tp sbb hero dia hensem props lawa..mmg x jemu nk layan.
Quote fealefea 27-12-2021 05:03 PM
omg, video, kaset titanic semua beli. padahal video player takde. kelaut semuanya.
Quote putput 27-12-2021 05:04 PM
tumpanglalu74:    Edited by tumpanglalu74 at 27-12-2021 03:39 PM   IHYqiucB2Xk  <a href="https://www.youtube.com/watch?v=IHYqiucB2Xk" target="_blank">https://www.youtube.com/watch?v=IHYqiucB2Xk</a> Ini bukan sekadar lakonan..  Ini real. :fu ...



tak ada apa pun

Quote helicornia 27-12-2021 06:07 PM
Kertu dh dua2. Mata pun dh wrinkle.org putih cepat nampak tua kan
Quote lasagna 30-12-2021 09:31 AM
dia org mmg bff sejati wehh.. igt lagi msa Leo menang Oscar, Kate bg support and dia lah paling excited dgn kemenangan Leo. Msa Kate dilanda badai dgn ex hubby pun Leo ni laa yg bg sheol kata2 semangat apa semua. tapi tu laa dia org tak mau plak kawen ke apa. teman tapi mesra jer katanya.
Quote cyber_mania 30-12-2021 03:56 PM
Kate dalam titanic mmg nampak cantik betul. Maybe sbb baju2 dia pun cantik dlm citer tu.

Kate ni ada anak pompuan. Dah besar dah. Kate lagi cantik masa dia muda2 dulu dpd anak dia.
Quote lurve82 31-12-2021 02:45 PM
Titanic ni film dia segala2nya cantik…dr segi pelakon, gmbr semua la…leo pun penah jaga anak kate kan …penah baca kat mana ntah…masa kate nk divorce…
Quote sarah_ary2 31-12-2021 11:15 PM
Kate ni cantik sgt and lakonan dia memang best. Tp wajah dia mengingatkan Madhuri Dixit tak tau kenapa
Quote Shazid 3-1-2022 12:48 PM
Sweet sgt!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070066 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top