CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jumpa Di Syurga' Ucapan Terakhir Tokoh Ulama Sebelum Maut Nahas Lima Kenderaan

27-12-2021 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2992| Komen: 10

Description: Tokoh ulama, Syeikh Yahya Ashaari, 65, dilaporkan sempat bertemu tiga ulama dari Yaman sebelum terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang ...
Tokoh ulama, Syeikh Yahya Ashaari, 65, dilaporkan sempat bertemu tiga ulama dari Yaman sebelum terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang pada jam 4.40 petang, Ahad.


Melalui hantaran akaun media sosial Facebook yang tular menyebut, dalam pertemuan terbabit, Allahyarham Syeikh Yahya sempat meninggalkan ucapan selamat tinggal dengan kata-kata terakhir 'jumpa di syurga nanti'.


Kredit foto: FB

Hantaran yang tular turut melaporkan, satu jam sebelum meninggal dunia, Allahyarham bertemu Syeikh Mahmoud Al-Wosabi, Sheikh Mukhtar Jamil dan Syeikh Jamil Melhi Rubadi sebelum bergerak pulang ke rumah.


"Sebelum pulang, mereka mengucapkan salam dan jumpa lagi, namun dibalas Yahya yang juga merupakan tenaga pengajar Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, dengan jawapan 'jumpa di syurga nanti'," menurut hantaran tersebut.


Kredit foto: FB

Bagaimanapun, Yahya yang mendapat pendidikan awal di Patani dan melanjutkan pengajian ke Makkah dilaporkan meninggal dunia dalam nahas terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan Proton Wira.




Kredit foto: FB

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Viva gagal memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

"Akibat pertembungan tersebut, Perodua Viva telah terseret dan terbakar menyebabkan pemandunya meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kemalangan menyebabkan seorang maut, dua cedera ringan dan sembilan yang lain tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 27-12-2021 02:47 PM
mesti laju ni
Quote kemaruk 27-12-2021 02:48 PM
Siapa la yang tulis pemergian yang sangat indah tu? Menganjing ke ape?
Quote 3chanceno 27-12-2021 02:54 PM
Innalillah ..salam takziah untuk keluarga
Quote Kurex 27-12-2021 03:10 PM
lepas ni ada yg claim "permergian yang dicemburui, kompom ke syurga, jihad selepas sampaikan ilmu"..
iols tak kata arwah ni, tapi netizen yg over menyanjungi ulama...
Quote kbyne 27-12-2021 03:12 PM
Sekarang ni kita banyak abaikan amar makruf nahi munkar.
Ali Imran ayat 104
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Quote matchstick 27-12-2021 03:16 PM
So tuan sheikh ni ialah driver viva yg nk memotong tapi tak lepas tu la kan
Quote Beribear 27-12-2021 03:23 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al Fatihah dan salam takziah buat keluarga.
Quote Buritan 27-12-2021 03:26 PM
matchstick replied at 27-12-2021 03:16 PM
So tuan sheikh ni ialah driver viva yg nk memotong tapi tak lepas tu la kan

Ye la gamaknyaaa.. moga disyurgalaa skrg... aminn
Quote Buritan 27-12-2021 03:30 PM
Ramainya ulama dah pergii..
Quote Thunderclouds 27-12-2021 03:47 PM
kemaruk replied at 27-12-2021 02:48 PM
Siapa la yang tulis pemergian yang sangat indah tu? Menganjing ke ape?

Ntahnya. Mati dlm kemalangan maut ni pemergian yg indah ka? Kematian yg dcemburui? Kalau bukan ulamak netizen nk habaq pemergian yg indah jugak ka? Contoh arwah ibu ngn ank2 8ketoi hari tuh.


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.228635 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top