CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Suami Yang Hantar, Sekali Doktor Pandu Sendiri Terus Terjunam Tepi Pantai

27-12-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5872| Komen: 38

Description: Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di sini, hari ini.
Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.



Rakannya, Mohd Azwan Jusoh, 38, berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan berkenaan.

“Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja. Saya mengetahui tentang kemalangan itu pada pukul 4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.


Mohd Azwan terkejut apabila mendapati kenderaan rakannya terjunam selain turut dipukul ombak. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 27-12-2021 03:12 PM
Adoi..kelaut pergi nye..nasib baik tak melayang nyawa. Mesti tobat tak bwk kereta dh lps ni
Quote Supersirap 27-12-2021 03:14 PM
Syukur tiada apa-apa yg tidak diingini berlaku
Quote manehnya 27-12-2021 03:37 PM
4.30 pagi mengantuk la tu kut... sebbaik x jd apa
Quote nuryakmal 27-12-2021 03:39 PM
Sapa suruh letak laut kat situ
Quote musangbodoh 27-12-2021 04:16 PM
nuryakmal replied at 27-12-2021 03:39 PM
Sapa suruh letak laut kat situ

btol...pompuan mn pernah salah
Quote Adrif 27-12-2021 04:41 PM
lawa siut sapa amik gambar ni? pandai dia guna 50/50 laut tu. 50/50 batu.  
Quote lipans 27-12-2021 04:43 PM
manehnya replied at 27-12-2021 03:37 PM
4.30 pagi mengantuk la tu kut... sebbaik x jd apa

mungkin juga mengantuk. Mungkin juga laju kat selekoh.

apa-apapun, semoga dipermudahkanlah.


Quote sukacactus 27-12-2021 04:47 PM
Maybe dia mengantuk, nak basuh skit muka dgn air laut
Quote putput 27-12-2021 05:18 PM
jadi pemandangan indah pulak
Quote mbhcsf 27-12-2021 05:21 PM
alhamdulillah , okay.
my god....

cantik pantai tu....
Quote Artemesiaa 27-12-2021 05:28 PM
Pandu laju gak nya dah geram laki tak nak tolong hantarkan sekali kecepus masuk laut terus.
Quote green~tea 27-12-2021 05:36 PM
Adrif replied at 27-12-2021 04:41 PM
lawa siut sapa amik gambar ni? pandai dia guna 50/50 laut tu. 50/50 batu.

Panoramic/scenic view haruslah capture everything
Quote Belibis 27-12-2021 05:37 PM
Adrif replied at 27-12-2021 04:41 PM
lawa siut sapa amik gambar ni? pandai dia guna 50/50 laut tu. 50/50 batu.

Kalau guna ipong,mau menang gambar terbaik.
Quote namr 27-12-2021 05:43 PM
Tak biasa bawak, nebes la tu
Quote helicornia 27-12-2021 06:21 PM
Camne gaya dia drive sampai ke laut peginya [em:12:]
Quote Normabaru 27-12-2021 06:40 PM
Inila maksud sebenar "kelaut perginya"
Quote Normabaru 27-12-2021 06:42 PM
TT bm failed ke cmne

Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja

Dah kenapa guna word mangsa?
Dia bukan accident tp terbabas akibat kecuaian sendiri
Quote Nurul8001 27-12-2021 06:44 PM
Descendants of the sun sangat. Tapi, scene tak jadi. Abg komando tak sempat datang nak selamatkan
Quote auntieagony 27-12-2021 06:56 PM
Kesian doctor tu.

Habis shift pukul 4 pagi. Penat bekerja, kena drive tgh2 mlm buta.
Dgn perasaan takut lagi, dgn gelap lagi, dgn nervous sbb tak selalu memandu.
Kesiannya lah....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top