CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Datangkan Kemurkaan Allah," Jasmin Hamid Sedih Perangai Manusia Ketika Banjir

27-12-2021 03:03 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 2175| Komen: 0|Original author: ameenarara

Description: Sepanjang berlakunya musibah banjir di negara kita, pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat dalam menghadapi bencana ini.
Sepanjang berlakunya musibah banjir di negara kita, pelbagai ragam manusia dapat kita lihat dalam menghadapi bencana ini.

Tidak kurang juga pelakon, Jasmin Hamid berkongsi pandangan tentang isu bantuan yang banyak diberikan kepada mangsa banjir tetapi disekat pihak tertentu.


Foto: Murai.my

Luahan di Instagram Jasmin itu menimbulkan rasa sedihnya dan memberi peringatan kepada mereka yang menjadi penyebab kepada keadaan huru-hara.

"Janganlah datangkan lagi kemurkaan Allah.


"Ingatkan bila Allah dah bagi peringatan macam ini, kita akan ada kesedaran tapi masih juga ada yang lalai hingga mendatangkan huru-hara angkara manusia sendiri," begitulah luahan rasa kebimbangan Jasmin terhadap situasi yang berlaku seperti yang ada di dalam video yang dikongsikan sahabatnya.



Foto: Instagram Jasmin Hamid

Cukuplah dengan dugaan yang menimpa, janganlah ditambah  lagi kesusahan dengan menyekat bantuan yang sepatutnya diterima. Moga mereka yang tergamak melakukan perkara sebegini di beri balasan setimpal sama ada di dunia atau akhirat.

Inilah yang terjadi bila kerajaan huru-hara dan semua keadaan pun jadi tidak teratur dan tiada lagi keadilan kepada semua pihak. Barang orang sumbang buat macam barang sendiri pula. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.454390 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top