CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rakan-rakan Gempar Salman Khan Dipatuk Ular

27-12-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2224| Komen: 2

Description: Menjelang hari ulang tahun kelahiran ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.
Menjelang hari ulang tahun kelahiran ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.


Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel.


Kredit foto: IG Salman

Bagaimanapun, peminat Salman tidak perlu bimbang kerana pelakon itu kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.


Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu.


Kredit foto: IG Salman

Sumber rapat dengan pelakon itu mendedahkan kepada IndiaToday.in bahawa Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya secara sederhana.

Itulah sebabnya Salman turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.



"Kejadian berlaku pada malam Sabtu ketika dia sedang duduk dan berborak dengan rakan-rakannya. Dia kemudian merasakan lengannya disentuh secara tiba-tiba dan terus menyentaknya.

"Ketika itulah rakannya ternampak ular itu dan mereka segera panik dan menjerit meminta tolong," kata sumber itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-12-2021 12:23 PM
Ular jenis apa yg patuk SK itu?
Quote prince_marhaen 27-12-2021 01:34 PM
ular apa tu bang salman? ular bang salman okey tak?? ehhhhhhh!!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045909 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top