CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

James Franco Ketagih Seks Sampai Tiduri Beberapa Pelajar Sekolah Lakonan Kendaliannya

24-12-2021 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4626| Komen: 17

Description: Bergelut dengan masalah ketagihan seks, pelakon James Franco mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar di sekolah lakonan kendaliannya.
Bergelut dengan masalah ketagihan seks, pelakon James Franco mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar di sekolah lakonan kendaliannya.

Menerusi petikan The Jess Cagle Podcast yang disiarkan baru-baru ini, James, 43, berkata, perbuatannya itu ternyata salah dan dia tidak menubuhkan sekolah tersebut untuk mengumpan wanita dan meniduri mereka.


Kredit foto: Business Insider

“Saya agak pada waktu itu, di kotak fikiran saya, perbuatan tersebut dipersetujui kedua pihak dan ia ok. Ketika itu juga saya tidak berfikir dengan lebih jelas,” katanya.

Kenyataan tersebut merupakan komen lanjutan pertama James mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekitar empat tahun lalu apabila Los Angeles Times melaporkan bahawa lima wanita telah menuduhnya berkelakuan tidak wajar.


Kemudian, pada Oktober 2019, dua wanita memfailkan saman sivil terhadap pelakon itu, menuduhnya mengeksploitasi calon pelakon di sekolahnya (yang kini telah ditutup) dan memperdaya wanita muda untuk merakam adegan seks.

James menambah, dia mengalami ketagihan seks selepas pulih daripada ketagihan alkohol yang dialami pada usia muda.

"Ia adalah ubat (ketagihan seks) yang kuat dan saya ketagih dengan ubat itu selama lebih 20 tahun. Sisi buruknya ialah, saya tidak lagi ketagihan alkohol seperti sebelumnya,” ujar James.

Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah atasan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), James bersetuju untuk membayar AS$2.2 juta (RM9.25 juta) untuk menyelesaikan tuntutan sivil berkenaan.



Dalam wawancara podcast berkenaan, James juga berkata yang dia telah pulih daripada ketagihan seks sejak 2016 dan telah melakukan pelbagai kerja selepas dakwaan terhadapnya itu mengubah siapa dirinya.


Sumber: GEMPAK



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 24-12-2021 06:29 PM
ku suka mamat nie berlakon
Quote NaylaArisha 24-12-2021 07:55 PM
so dia makan ubat utk stop ketagihan alkohol tapi ada ketagihan yg baru pulak
Quote Aikiko 24-12-2021 09:31 PM
Buruknya perangai....tapi suka jf coz pandai b.lakon
Tak silap dia dah dapat doctorate kan,
Quote Adrif 24-12-2021 10:37 PM
aiyo. minat dia ni berlakon. tak sangka ya

adik dia pun famous sebab watak dalam Now you see me, Dave Franco
Quote umbut 24-12-2021 10:41 PM
Sebab hensem dimaafkan ler.. ramai beratur tgu turn.. kalau huduhhhh meh report pulis sex harass
Quote auntyonion 25-12-2021 07:34 AM
Aunty suka kau nyah [em:8:] kenapalah begini
Quote delia3003 25-12-2021 11:32 AM
Lama menyepi lepas tuduhan sexual harrasment tu. Tgh mendunia pulak masa tu. Rupa helok, famous ramai ler menghurun.
Quote rayray28 25-12-2021 06:00 PM
Euww seyeslaaa dia ni..dia ni jugak yg ada terakam dlm CCTV sama2 naik lif dgn ex wife johnny kann
Quote whadda 25-12-2021 10:30 PM
Harus la pompuan yg tido sekali tu pon suka.. kann.. kann
Quote AKAZ85 26-12-2021 08:08 AM
Rupa ado, pandai berlakon.. Sayang pulak terpalit skandal sex.. Haisssssshhhh
Quote newyork 26-12-2021 09:15 AM
Dia ni kena puasa menahan nafsu nih .hahah
Quote Cik_jantung 26-12-2021 03:56 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:55 PM

..........
Quote Shazid 27-12-2021 08:50 AM
Semoga cepat sembuh James!! I peminat u...
Quote prince_marhaen 27-12-2021 01:29 PM
helok begini biasanya kena report sebab cikki tak dapat apa dia nak...ntah mintak bukan-bukan kan...asalnya rela je... ehekkk
Quote anony-mous 30-12-2021 03:26 AM
Herlok mcm ni i maafkan. Kalau dtg malaysia, roger iols
Quote lasagna 30-12-2021 10:12 AM
Adrif replied at 24-12-2021 10:37 PM
aiyo. minat dia ni berlakon. tak sangka ya

adik dia pun famous sebab watak dalam Now you see me, Da ...

dan dia abang nama Tom Franco. ohh talking abt movie Now You See Me, bila ntah movie ke 3 nk muncul. ishh lama nau tunggunya. Tapi adik James, si Dave ni lagi hensem dari dia hihihi..
Quote Rainrein 7-1-2022 07:19 PM
Taknak addicted to alcohol tapi dapat ketagihan lain plok. Kesian.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.491565 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top