CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Pensyarah Macam Badut, Tiada Empati Pelajar Terperangkap Di Rumah'

20-12-2021 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10717| Komen: 122

Description: Tindakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam tidak menghiraukan keluhan pelajar yang memohon aktiviti pelajaran dihentikan sementara waktu bagi memberi mereka ruang menghadapi bencana banjir d ...
Tindakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam tidak menghiraukan keluhan pelajar yang memohon aktiviti pelajaran dihentikan sementara waktu bagi memberi mereka ruang menghadapi bencana banjir dikecam warganet.


Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang pelajar memaklumkan dirinya terperangkap di rumah dan banjir menghalangnya untuk menyertai proses pembelajaran untuk keesokan hari.


Gambar hiasan

“Sekarang saya di rumah atas sebab tertentu dan malangnya saya tersekat di sini disebabkan banjir. Untuk program esok, boleh saya tahu apa akibatnya jika saya tak boleh buka kamera disebabkan hujan lebat?” Soal pelajar tersebut di dalam Whatsapp.


Walau bagaimanapun, pensyarah tersebut secara tiba-tiba mempertikaikan tentang adab pelajar dan seolah-olah tiada empati atau belas kasihan kepada pelajarnya yang sedang menghadapi bencana.

“Sebagai pelajar Islam di sebuah universiti, saya rasa kamu tahu tentang adab pembelajaran. Pihak universiti sudah bagi pilihan kepada kamu semua pada awal semester. Ketiga, kamu dah tahu Malaysia menghadapi monsun setiap hujung tahun, banjir bukan perkara baharu,” balas pensyarah tersebut.

Rata-rata netizen melalui aplikasi media sosial Twitter meluahkan perasaan tidak senang melihat sifat penting diri pensyarah tersebut kerana hanya memikirkan tentang proses pembelajaran atau silibusnya sahaja, bukan tentang kesejahteraan pelajar-pelajarnya.




Kredit foto: Twitter

“Tolong la. macam tak dapat nak tangguh beberapa hari sampai situasi kembali seperti biasa. Empati mana dari seorang guru? Lepas tu ugut tak akan halalkan ilmu. Macam mana nak ada berkat dalam gaji mengajar selama ni,” ciap occasionallyana.

“Pensyarah dari UUM semua boleh bertimbang rasa, siap tanya lagi keadaan pelajar yang terjejas dan pihak universiti bagi tempoh bertenang..tapi kenapa yang pensyarah sorang ni langsung tiada empati dekat pelajar,” ciap laylalovato.

“Hidup ni macam roda. hari ni kau buat orang, hari esok masa kau pula. Apa yang kau bagi, kau dapat balik! kau mudahkan urusan orang, urusan kau dipermudahkan. kau susahkan perjalanan hidup orang, perjalanan hidup kau akan lagi susah,” ciap mariahwasya.

“Macam mana dia boleh lagi risau pasal pembelajaran dia berbanding macam mana keadaan pelajar-pelajarnya ketika krisis. Tambah pula, panggil diri sendiri warga pendidik tapi tak tunjukkan perasaan empati, betul-betul badut,” ciap linamzln.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 20-12-2021 07:07 PM
Aku tak baca penuh....

Tapi aku agak lecturer tu pompuan.....
Quote dani-rox 20-12-2021 07:13 PM
“Sebagai pelajar Islam di sebuah universiti, saya rasa kamu tahu tentang adab pembelajaran. Pihak universiti sudah bagi pilihan kepada kamu semua pada awal semester. Ketiga, kamu dah tahu Malaysia menghadapi monsun setiap hujung tahun, banjir bukan perkara baharu,” balas pensyarah tersebut.


Dan kamu Tuan/Puan pensyarah sbg manusia normal, patut tahu tentang empati sesama manusia.

Bangkai punya lecturer.
Quote mikasa 20-12-2021 07:27 PM
Lecturer mana ni ...univ gombak tu ke
Quote jas7512 20-12-2021 07:31 PM
Yg pasti bkn uitm sbb kami semua dicutikan dari aktiviti p&p untuk minggu ni krn bkn students je..pensyarah pun ada yg mengalami masalah banjir ni
Quote Babai 20-12-2021 07:36 PM
mikasa replied at 20-12-2021 07:27 PM
Lecturer mana ni ...univ gombak tu ke

Kalau dari gayanya macam yang sinun la
Quote afien139 20-12-2021 07:47 PM
UiTM memang bagi cuti tapi anak saya tak boleh nak balik sebab lecturer masih nak teruskan kelas. Macam tak payah bagi cuti kalau at last masih perlu kata putus dari lecturer. Nonsense.
Quote jas7512 20-12-2021 07:49 PM
Edited by jas7512 at 20-12-2021 07:52 PM
afien139 replied at 20-12-2021 07:47 PM
UiTM memang bagi cuti tapi anak saya tak boleh nak balik sebab lecturer masih nak teruskan kelas. Ma ...


Actually blh laporkan sbb naib cancelor dah kuarkan pekeliling..klu lecturer still buat kls..dah langgar rules tu..klu mgt dpt tahu teruk lecturer tu kena...kampus mana tu...kat kampus i aktiviti p&p mmg kn stop terus termasuk event yg dirancang b4 hand ..supposedly begitu juga utk kampus2 lain tapi i tahu ada sestgh lecturers yg degil juga
Quote dua_chzy 20-12-2021 07:53 PM
Lecturer tu meradang kerana bebudak ni ada peluang untuk balik uni tapi meka tak mau. Ujung2 banyak masalah karna banjir. So not my problem dah kau tahu nak hujan lebat apasal tak balik uni blaja do mahallah kata lecturer ni. In short sheol (sah2. ) marah kerana stodens tak plan ahead.
Quote gekkou 20-12-2021 08:08 PM
jazaa100 replied at 20-12-2021 07:07 PM
Aku tak baca penuh....

Tapi aku agak lecturer tu pompuan.....

anda benar

Quote gekkou 20-12-2021 08:09 PM
mikasa replied at 20-12-2021 07:27 PM
Lecturer mana ni ...univ gombak tu ke

iium katanyeh
pic she dah berteb
Quote afien139 20-12-2021 08:13 PM
jas7512 replied at 20-12-2021 07:49 PM
Actually blh laporkan sbb naib cancelor dah kuarkan pekeliling..klu lecturer still buat kls..dah l ...

Kampus Permatang Pauh.

Boleh report ye? Memang rasa nak buat official report je tapi risau jugak kot nanti student jugak yang jadi mangsa lepas geram. Sebab anak dok bagitau yang lecturer tu memang mulut laser pun.
Quote evlinne 20-12-2021 08:15 PM
gekkou replied at 20-12-2021 08:09 PM
iium katanyeh
pic she dah berteb

Tepeklah picca sheols
Lecturer andartu ke
Poyo semacam je
Quote jas7512 20-12-2021 08:17 PM
afien139 replied at 20-12-2021 08:13 PM
Kampus Permatang Pauh.

Boleh report ye? Memang rasa nak buat official report je tapi risau jugak  ...


Jgn anak you je yg report..klu blh buat petisyen utk 1 kls tu..nyatakan butir dgn jelas...or maybe 1 kls tu blh bincang blk dgn that lecturer knp buat kls sdgkan dah sah2 diberi cuti.....sbb supposedly mmg apa jua xtvt p and p kn dihentikanlah..empati pd pelajar mangsa banjir
Quote ~boolean 20-12-2021 08:18 PM
Update yach: sheols dah merentan tak redha ilmu yang dia ajar..

Begitulah melayu tanah malaya sentap sikit terus tak halalkan ilmu..umpama ilmu tu datang dari dia, bukan dari Tuhan..
Quote Tembikaigoreng 20-12-2021 08:26 PM
Baca kat Twitter ada coursemate cakap budak yg viral tu free rider, tinggalkan group assignment and so on.
Quote dua_chzy 20-12-2021 08:28 PM
Tembikaigoreng replied at 20-12-2021 08:26 PM
Baca kat Twitter ada coursemate cakap budak yg viral tu free rider, tinggalkan group assignment and  ...

Ah. Patut la lecturer tu tak suka heols.
Quote dudaberhias 20-12-2021 08:30 PM
eee kosser nyahhh orang tengah banjir2 ni nak masuk live bagai...

btw lecturer uni mana tu?
Quote dua_chzy 20-12-2021 08:37 PM
gekkou replied at 20-12-2021 08:09 PM
iium katanyeh
pic she dah berteb

Apelah punya jahat dok sebar gamba orang. Porumer ni tak suka budak2 sekolah membuli dan dibuli tapi cyber bullying orang lain ok diterima pula.
Quote Normabaru 20-12-2021 08:37 PM
Hahaha ni mesti UIA ni..xpon USIM..btw English hauk yach..ckp jela in malay..buruk naw verb noun sumer terabur

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060343 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top