CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Lelaki Perempuan Kena, Keganasan Rumah Tangga Tak Mendiskriminasi Jantina" - Sharnaaz

20-12-2021 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4037| Komen: 28

Description: Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan semua mangsa keganasan rumah tangga agar tampil membuat aduan demi keselamatan mereka.
Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan semua mangsa keganasan rumah tangga agar tampil membuat aduan demi keselamatan mereka.

Kata Sharnaaz, masalah tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa berdiam diri dan tidak mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga mereka.


Kredit foto: IG Sharnaaz

“Jangan takut untuk laporkan sekiranya berlaku keganasan dalam rumah tangga anda.

“Terus buat aduan kepada pihak berwajib dan dapatkan khidmat nasihat segera,” nasihatnya.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu keganasan rumah tangga yang semakin berleluasa kini.

Isu berkenaan menjadi antara elemen yang diketengahkan dalam drama terbaru lakonannya, I Promise Janji Anaqi yang ditayangkan di Astro Ria.

Tambah Sharnaaz, keganasan rumah tangga tidak mendiskriminasi jantina. Katanya, mangsa terdiri daripada lelaki dan perempuan.



Kredit foto: IG Sharnaaz

“Lelaki perempuan kena. Ia bermula kecil. Lama kelamaan menjadi besar, sampai sukar untuk dikawal.

“Kalau berlaku, kena cepat-cepat tutup. Jangan biarkan melarat. Hari ini pelaku bagi tangan, esok kaki lusa dia cekik mangsa.

“Jadi jangan diamkan. Tutup awal,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 20-12-2021 09:46 PM
Adakah ands salah seorang mangsa?
Bagus kalau bukan
Quote stingerpasta 20-12-2021 09:58 PM
anakmak replied at 20-12-2021 09:46 PM
Adakah ands salah seorang mangsa?
Bagus kalau bukan

Victim atau the aggresor?

Kahkahkahkah
Quote dani-rox 20-12-2021 10:10 PM
Quote addamnor 21-12-2021 01:01 AM
Kau pun pukul caddy bangla.. sembang tentang keganasan. Its not parallel with your attitude lah
Quote Carcosa 21-12-2021 01:06 AM
Hahhahahhahahhaa. Ckp utk diri sendiri ke mamak parpu gigi hitam???
Hancur kau kena gilis dgn nabirah paki Tak berkutik kau.
Quote cikpuanviolet 21-12-2021 01:12 AM
Kat rumah dia takde cermin ke
Quote SherryZass 21-12-2021 08:59 AM
Nak kena belikan cermin tuk simpan kat rumah uolls ke wahai nanassss
Quote putput 21-12-2021 09:22 AM
baguslah sedar diri
Quote stingerboss 21-12-2021 09:24 AM
addamnor replied at 21-12-2021 01:01 AM
Kau pun pukul caddy bangla.. sembang tentang keganasan. Its not parallel with your attitude lah

Pukul bangla tak termasuk dlm kerangka keganasan rumahtangga...sila bezakhen....

Kahkahkahkahkah
Quote mamajawie 21-12-2021 11:54 AM
pengalaman sendiri ke mamu?
Quote Addrianna 21-12-2021 12:06 PM
oh pasal promo drama paham tapi kalau dia cakap sebab pengalaman sendiri kesiannya acah gangster tapi tunduk kalah dengan sskjp sampai skrg tak berani nak bising apa benda melibatkan sskjp kalau orang lain tak cukup tanah dia berbunyi padan muka
Quote badai 21-12-2021 12:35 PM
mamu mangsa lah .. korang apa tau
Quote imanjannah 21-12-2021 12:42 PM
adakah ko pun mangsa nenas oi
Quote Kurex 21-12-2021 12:56 PM
Serabut tengok muka dia. Tapi terus kecut atas bawah pasal bekas fil
Quote KBW2 21-12-2021 02:01 PM
addamnor replied at 21-12-2021 01:01 AM
Kau pun pukul caddy bangla.. sembang tentang keganasan. Its not parallel with your attitude lah

owh pernah eh? padan muka kena buli dengan SSJKP selayaknyalah kau.
Quote OyaTonggek 21-12-2021 11:00 PM
muka ganas..kena ngan sskjp x berkutik...takut x dpt jumpa jebat terpaksala tahan..x gitu mamu?
Quote dudaberhias 21-12-2021 11:08 PM
pengalaman heols ke atau heols yang debik orang...
dulu yang kes dengan pengarah tu pun heols debik orang tu sampai kena jahit kan...
Quote lumie 21-12-2021 11:18 PM
Geliiiiii dgn jambang dia. Bersepah!
Quote nakkomenjugak 22-12-2021 12:19 AM
Hahahahahahah aikkkk cakap pasal diri sendiri keee mamu?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top