CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Risau, Mangsa Banjir Boleh Ganti Dokumen Musnah Secara Percuma

20-12-2021 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1691| Komen: 5

Description: Mangsa bencana banjir tidak perlu khuatir kerana layak mendapatkan semula kad pengenalan, pasport dan lain-lain lagi salinan dokumen serta rekod yang musnah secara percuma.
Mangsa bencana banjir tidak perlu khuatir kerana layak mendapatkan semula kad pengenalan, pasport dan lain-lain lagi salinan dokumen serta rekod yang musnah secara percuma.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, permohonan boleh dibuat menerusi Jabatan Pendaftaran Negara yang akan membantu dalam urusan pembaharuan dokumen.


Penduduk sibuk mengemas peralatan dan membersih rumah yang ditenggelami banjir di Hulu Langat. FOTO Aswadi Alias

Katanya, ia sebahagian usaha dilakukan bagi meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah.

"Sesiapa sahaja (mangsa banjir) boleh mendapatkan kad pengenalan dan pasport secara percuma.


"Segala dokumen lain seperti sijil kematian, sijil kelahiran dan rekod yang diperlukan juga akan beri secara percuma.

"Buat masa ini, biar mereka (mangsa) uruskan rumah dahulu. Selesai nanti, baru kita hantar kenderaan untuk bawa mereka buat permohonan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir di Batu 18 1/2, Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa banjir yang mempunyai masalah mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian 999 dan Pusat Kawalan Malaysia Polis Diraja Malaysia di talian 03-22663333 atau 03-22663444.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-12-2021 06:54 PM
Kangan pulak pending print surat beranak sbb kertas habis.

Quote Skuau 20-12-2021 07:06 PM
PATI Boleh' mengklaim'..surat/sijil lahir,IC dh hanyut ke laut china selatan...
Quote Normabaru 20-12-2021 08:48 PM
Hahaha baru kaka nk Komen benda sama...sah2 ler ramai pati minta ic..esp yang dh mati lol
Quote kakikuDibibirmu 20-12-2021 11:16 PM
Projek M dengan Projek IC tersenyum sinis
Quote stingergundu 22-12-2021 10:08 AM
Pati gumbiraaaaaaa.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049000 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top