CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Minta Kecualikan Bil Air Dan TNB - Hannah Yeoh

20-12-2021 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1787| Komen: 3

Description: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu.


Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, perkara itu dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan kerana perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu.


Kedit foto: FB

"Oleh kerana kerja pembersihan yang sangat besar, jadi ia mengambil banyak penggunaan air dan elektrik, jadi mereka (mangsa) nak dikecualikan pembayaran bil untuk bulan ini," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.


Beliau berkata, urusan pembersihan dan membaik pulih rumah serta membeli perkakas baharu juga memerlukan masa yang panjang.


Loading FB Post...

Selain itu, beliau mahu kerajaan membuat pendirian tegas dengan meminta majikan swasta memberikan cuti bergaji kepada mangsa banjir sama seperti yang diumumkan kepada penjawat awam bagi membolehkan mereka menguruskan kerja pembersihan.


Loading FB Post...

Yeoh turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi memastikan tiada warga emas dan Orang Kurang Upaya yang terlepas daripada mendapat bantuan segera.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-12-2021 10:57 PM
Tak perlu jadi kerajaan pun boleh nak tolong rakyat.

Ini yang rakyat mau - a voice for them.

Quote pyropura 21-12-2021 02:01 AM
Gomen.Umno takkan setuju exempt bil.letrik. Sure depa nak sabotaj MP Dapig, bior cytro Umno hencap Hannah kaw kaw punyer. Akai.Umno  boleh baca lah.
Quote DARSITA 21-12-2021 03:29 AM
BAgus cadangan dia. Rumah sedara penuh selut lumpur setinggi sekaki! segala perabut rosak .. jadi bagus cadang Puan Hannah yang bijak bistari ini.

Orang mcm ni orang Malaysia tak nak jadi pemimpin. Orang Malaysia nak pemimpin mcm Mail lembab!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.183563 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top