CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nia Ramadhani Ambil Dadah Sebab Sedih Bapa Meninggal, Tapi Kenapa Selepas 7 Tahun?

17-12-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4364| Komen: 26

Description: Pelakon Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah memberi alasan mengambil barang terlarang itu kerana berasa sedih ekoran kematian bapanya pada 2014.
Pelakon Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah memberi alasan mengambil barang terlarang itu kerana berasa sedih ekoran kematian bapanya pada 2014.


Perkara itu diberitahu Nia ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat bersama dua tertuduh lain iaitu suaminya Anindra Ardiansyah Bakrie dan pemandunya Zen Vivanto pada Khamis, lapor CNN Indonesia.


Kredit foto: TRIBUNNEWS/Warta Kota

"Pada awal 2014 bapa saya meninggal dunia dan saat itu saya berjumpa dia baru tiga tahun sebelum dia meninggal.

"Pada saat itu sampai April 2021 saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun bahawa saya benar-benar rasa kehilangan," ujarnya di hadapan hakim.



Kredit foto: TRIBUNNEWS

Katanya, dia pernah cuba menceritakan kesedihan itu kepada temannya, namun dinasihatkan tidak perlu bersedih.

Kata Nia, temannya berkata ramai lagi orang lain yang ingin hidup mewah seperti yang dilaluinya.

"Nia malulah untuk sedih kerana hidup kamu itu banyak yang mahu, kamu patut bersyukur. Dia kata saya tak patut bersedih," ujar Nia menceritakan nasihat temannya itu.


Kredit foto: Tempo

Kata Nia, dia berasa sedih dan menganggap dirinya seolah-olah sudah disumpah tidak boleh berasa sedih dan harus sentiasa kelihatan gembira. Walhal, dia mengaku berasa sangat kehilangan saat itu.

Kemudian, hakim bertanya jarak masa kematian orang tuannya itu dengan tempoh dia mula mengambil dadah.

Hakim juga menilai jarak waktu yang cukup jauh antara tarikh meninggal bapanya dengan tindakan mengambil dadah untuk menghilangkan kesedihan.

"Sudah lama sekali waktunya, orang tua saudara meninggal tahun 2014, kemudian saudara berasa sedih kerana kehilangan. Tapi kenapa selepas tujuh tahun kemudian baru saudara mencari jalan keluar?" soal hakim.


Kredit foto: Detik News

Nia menjawab kesedihannya kembali pada April lalu kerana tidak dapat mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya.

Kata Nia, dalam kesedihan itu dia juga teringat tawaran seorang rakan industri yang memberitahu tentang ada sesuatu yang boleh membuat perasaan sedih menjadi bahagia.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu.

Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai syabu dengan berat 0.78 gram.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 17-12-2021 08:48 AM
banyak lak alasan minah ni
ni sbb laki pun dh terlampau kaya sgt smpi dah tak tahu nk buat apa hari2.so main la dadah utk suka2 lama2 jd parah
Quote cmf_premierleag 17-12-2021 08:49 AM
penah tgk siblings dia yg lain..dia sorang je lawa sgt.yg lg 4 org tu muka tempe je
rupanya ayah dia kawen dua
nia ada kakak yg sama ibu kandung dgn dia..tp nia gak yg lawo.and lawa sbb nenek belah mak dia kokesen scandi
Quote Shazid 17-12-2021 08:58 AM
Mcm2 alasan penagih ni ek
Quote buapakperut 17-12-2021 09:04 AM
alasan lah khau fiska, eh siska!
Quote prince_marhaen 17-12-2021 09:26 AM
hahahahahahahaha tak payah nak membohong la bawang merah... semua orang udah pada tahu rencana kamu dan Rika Sumanto untuk membolot harta papanya si bawang putih....!!!
Quote naina 17-12-2021 09:50 AM
Alahai alasan. Padahal selama hidup tanpa bapak pun kaya raya mewah ada suami mmbhagiakan anak2 sihat. Setakat bapak yang dia baru jumpa tu apalah sangat. Jawapan orang tak sekolah lah tu
Quote Artemesiaa 17-12-2021 12:03 PM
Biasalah bila dah kantoi mula beralasan
Quote helicornia 17-12-2021 02:03 PM
Dia ingat hakim tu bodo mcm dia
Quote lasagna 17-12-2021 02:08 PM
bengong.. alasan tu mcm jauh dari arwah bapaknya yg meninggal dah lama.. apooooo....
Quote belilies 17-12-2021 02:11 PM
Umur deyols laki bini ni berapa nak ambil dadah? Dah nak masok usia kertu terutamanya yg lelaki tu
Quote TeropongThaico 17-12-2021 03:11 PM
Create le alasan lg boleh. Harap2 hakim percaya. Sedih gak sbb ai suka tgk dia dlm BPBM tu
Quote tikusmontok 17-12-2021 04:19 PM
Bibik friska dah masuk blom thread ni?
Quote jazaa100 17-12-2021 04:39 PM
tikusmontok replied at 17-12-2021 04:19 PM
Bibik friska dah masuk blom thread ni?

Bibik friska takkn masuk thread org indon
Quote tikusmontok 17-12-2021 04:43 PM
jazaa100 replied at 17-12-2021 04:39 PM
Bibik friska takkn masuk thread org indon

Napa? Dah rasa darjat tinggi setarap msian sbb dapat mencaras jusa c minus kah?
Quote KIM.K 17-12-2021 05:23 PM
Starting with stress
Tingin nak tengok lakonan timothee chalamet in beautiful boy adaptasi kisah benar ketagihan meth
Timmy kata addiction have no face
Quote CikYaYaYa 17-12-2021 05:29 PM
Haha alasann nyaa mcm hmm.. Dia nie kan suka bt keluar statement tah paper. Yg plg aq ingat laa. Xtau sayur tu kena simpan dalam peti sejuk xsilap aq. Alahai cantek2 dah tapi tu laa bimbo muchh
Quote bellaamsar 17-12-2021 06:04 PM
Alasan je la tu
Quote kakikuDibibirmu 17-12-2021 07:14 PM
Teringat akak dolu-dolu rancangan Kamera Apo?! tu siap masuk bahas dekat Parlimen Malaysia katanya ini bukan budaya kita nak prank-prank orang awam acah-acah Just For Laugh

Turut dibahas dalam sidang Parlimen itu juga pasal scene sinetron Bawang Merah Bawah Putih yang mana Putri Cahaya itu tiba-tiba dapat power lepas dibacakan ayat holy koran sebegitu oleh Bawang Putih, tersangatnya memesongkan akidah ummah Isle scene itu

pari-pari tu yang dalam Bawang Merah Bawang Putih yang dia punya syirik tu sampai masuk Parlimen Malaysia diperdebatkan.

[youtube]bggbyupIBek[/youtube]

http://youtu.be/bggbyupIBek
Quote cmf_premierleag 17-12-2021 07:33 PM
prince_marhaen replied at 17-12-2021 09:26 AM
hahahahahahahaha tak payah nak membohong la bawang merah... semua orang udah pada tahu rencana kamu  ...

sambil2 tu kamera zoom in zoom out kat siska dan rika sumanto dgn mata merah menyala2 lantas mas freddy ga ketahuan berbuat apa2 kerana kuasa sakti Bertha mengatasi segalanya
hanya buk peri saja yang bisa selamatkan Alya dr sumpahan inj

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060501 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top