CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Tiket Bas, Tren Dibuang Sebab Boleh Dimakan Begitu Saja

17-12-2021 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1935| Komen: 11

Description: Bagi menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, pengendali pengangkutan awam Jerman, BVG memperkenalkan tiket boleh dimakan yang diperbuat ...
Bagi menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, pengendali pengangkutan awam Jerman, BVG memperkenalkan tiket boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami.


Utusan melaporkan, walaupun tidak mempunyai komponen seperti ganja yang mengkhayalkan, daun pokok rami masih boleh memberi kesan tenang kepada penggunanya.


Kredit foto: Reuters

Jannes Schwentu selaku jurucakap syarikat itu berkata, tiket boleh dimakan itu juga dapat mengurangkan tekanan pengguna pengangkutan awam.

“Seperti yang kita tahu, keadaan menjelang perayaan Krismas merupakan waktu paling sibuk, menyaksikan perkhidmatan tren dan bas sentiasa penuh.


“Sehubungan itu, kami mendapat idea untuk mengurangkan tekanan itu dengan menghasilkan tiket boleh dimakan yang dapat memberi kesan melegakan,” katanya.


Kredit foto: Reuters

Tiket itu dijual pada harga 8.80 euro (RM42) dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Namun, ia hanya boleh dimakan selepas pengguna tiba ke destinasi masing-masing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-12-2021 01:57 AM
Sungguh enak dimakan begitu saja
Quote Orenn1 17-12-2021 02:20 AM
Pulakk dahh
Quote R2D2 17-12-2021 09:47 AM
legend punya bas mini
tiket koyak
konduktor pakai balik
tak boleh cari makan la mcm ni kalau penumpang kunyah tiket

Quote rospinki 17-12-2021 10:13 AM
daun pakalolo tu
Quote Skuau 17-12-2021 10:16 AM
R2D2 replied at 17-12-2021 09:47 AM
legend punya bas mini
tiket koyak
konduktor pakai balik

lg best..'boleh runding' ngn konduktor...
Quote R2D2 17-12-2021 10:27 AM
Skuau replied at 17-12-2021 10:16 AM
lg best..'boleh runding' ngn konduktor...

yg tu tak pernah lagi
sebab jarang naik
cuma pernah dpt tiket koyak sekali tu ja

bestnya bas mini
boleh naik di mana2
boleh turun di mana2
dia tak peduli pun hentian bas

paling malang siapa yg duduk tempat duduk belakang
time nak turun
sebab time naik
dia sumbat semaksima mungkin penumpang
sampaikan bas senget sebelah
giler betul



Quote Thunderclouds 17-12-2021 10:59 AM
Will it taste like kertas bungkus cekelat udang tu dak? Kecik2 dlu beli bukan sbb nk mkn cekelat tu sgt. Tp nk mkn kertas bungkusan dia tuh
Quote Shazid 17-12-2021 11:31 AM
Simpan banyak2 dulu...hujung bulan klu x de duit nak beli mknan boleh lah mkn tiket ni
Quote Artemesiaa 17-12-2021 11:31 AM
Mula dah makan tiket makan straw minuman
Quote keane.somewhere 17-12-2021 11:35 AM
Elok kenalkan di Malaysia...sebab perut rakyat Malaysia ni macam tong sampah..mcm2 sumbat
Quote Decaffeinated 17-12-2021 12:11 PM
Pengguna hanya boleh makan tiket tersebut selepas mereka tiba ke destinasi masing-masing.


untuk elak

conductor: ticket please!

passenger: sorry I dah telan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 1.183078 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top