View: 1279|Reply: 11
|
[Dunia]
Jerman. Tiket bas, tren tak perlu lagi dibuang sebab boleh dimakan begitu saja
[Copy link]
|
|
Pengendali pengangkutan awam Jerman keluarkan tiket bas, tren boleh dimakan
PENGENDALI pengangkutan awam Jerman menghasilkan tiket boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami. - AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
16 Disember 2021, 10:00 pm
BERLIN: Pengendali pengangkutan awam Jerman, BVG memperkenalkan pendekatan unik untuk menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini.
Pengguna pengangkutan awam di Berlin kini berpeluang membeli tiket boleh dimakan yang diperbuat daripada minyak pokok rami.
Daun pokok rami dikatakan boleh memberi kesan tenang kepada penggunanya, namun ia tidak mempunyai komponen seperti ganja yang mengkhayalkan.
Jurucakap BVG, Jannes Schwentu berkata, tiket boleh dimakan itu berfungsi untuk ‘mengurangkan tekanan pengguna pengangkutan awam’ ketika mereka menaiki perkhidmatan tersebut, sama ada untuk ke tempat kerja, mahu pun beriadah.
“Seperti yang kita tahu, keadaan menjelang perayaan Krismas merupakan waktu paling sibuk, menyaksikan perkhidmatan tren dan bas sentiasa penuh.
“Sehubungan itu, kami mendapat idea untuk mengurangkan tekanan itu dengan menghasilkan tiket boleh dimakan yang dapat memberi kesan melegakan,” katanya.
Tiket itu mula dijual semalam dengan harga 8.80 euro (RM42) dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.
Pengguna hanya boleh makan tiket tersebut selepas mereka tiba ke destinasi masing-masing.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh enak dimakan begitu saja |
|
|
|
|
|
|
|
legend punya bas mini
tiket koyak
konduktor pakai balik
tak boleh cari makan la mcm ni kalau penumpang kunyah tiket
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 17-12-2021 09:47 AM
legend punya bas mini
tiket koyak
konduktor pakai balik
lg best..'boleh runding' ngn konduktor... |
|
|
|
|
|
|
|
yg tu tak pernah lagi
sebab jarang naik
cuma pernah dpt tiket koyak sekali tu ja
bestnya bas mini
boleh naik di mana2
boleh turun di mana2
dia tak peduli pun hentian bas
paling malang siapa yg duduk tempat duduk belakang
time nak turun
sebab time naik
dia sumbat semaksima mungkin penumpang
sampaikan bas senget sebelah
giler betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Will it taste like kertas bungkus cekelat udang tu dak? Kecik2 dlu beli bukan sbb nk mkn cekelat tu sgt. Tp nk mkn kertas bungkusan dia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan banyak2 dulu...hujung bulan klu x de duit nak beli mknan boleh lah mkn tiket ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mula dah makan tiket makan straw minuman |
|
|
|
|
|
|
|
Elok kenalkan di Malaysia...sebab perut rakyat Malaysia ni macam tong sampah..mcm2 sumbat |
|
|
|
|
|
|
|
Pengguna hanya boleh makan tiket tersebut selepas mereka tiba ke destinasi masing-masing.
untuk elak
conductor: ticket please!
passenger: sorry I dah telan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|