CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Rap Mati Leher Ditikam Selepas Turun Pentas

20-12-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2799| Komen: 3

Description: Penyanyi rap Drakeo the Ruler, 28, maut akibat lehernya ditikam selepas turun pentas membuat persembahan di festival Once Upon A Time di sini, semalam.
Penyanyi rap Drakeo the Ruler, 28, maut akibat lehernya ditikam selepas turun pentas membuat persembahan di festival Once Upon A Time di sini, semalam.


Sewaktu kejadian, pemilik nama sebenar Darrell Caldwell itu serta-merta dikejarkan ke hospital selepas kritikal. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia.


Kredit foto: The New York Times

Menurut laporan Los Angeles Times, mendiang diserang sekumpulan orang pada waktu kejadian. Belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Acara terbabit juga kemudian terus dihentikan susulan tragedi itu. Penganjurnya, A Live Nation menerusi sebuah kenyataan memaklumkan berlaku pertengkaran di lorong belakang pentas sebelum itu.


"Sebagai menghormati dan atas arahan pihak berkuasa tempatan, artis dan penganjur memutuskan untuk tidak teruskan acara. Jadi, festival itu ditamatkan sejam awal," katanya.

Kematian penyanyi itu jelas mengejutkan ramai termasuk bintang rap, Drake dan Snoop Dogg. Drake jelas merasa kehilangan dengan pemergian rakannya itu.

"Ini tidak mungkin benar, apa yang berlaku? Semangat saya sentiasa membara dengan menyerap tenaga kamu. RIP Drakeo," katanya di Twitter.

Manakala, Snoop yang menjadi bintang utama dan tidak sempat beraksi di acara itu turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa. 

"Saya sangat berduka dengan insiden yang berlaku semalam di Once Upon a Time di LA festival. Ucapan takziah saya buat keluarga dan orang tersayang Drake the Ruler," katanya. 

Terdahulu, Drakeo pernah dipenjara pada 2018 berhubung kes bunuh pada 2016. Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan pada tahun lalu.

Dia turut merakamkan albumnya berjudul Thank You for Using GTL yang dilancarkan pada Jun tahun lalu ketika masih berada dalam penjara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 20-12-2021 06:29 PM
Ohh edisi cash ke
Dulu pernah dipenjara kes bunuh
Skng dia plak dibunuh
Rip
Quote Decaffeinated 20-12-2021 10:51 PM
semoga lepas ni tiada lagi artis yang turun pentas salam2 dgn penonton sambil hulur microphone suruh penonton sambung nyanyi sebab dia tak cukup nafas.

Quote musangbodoh 20-12-2021 10:58 PM
x kenai...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.043821 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top