CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Steve Harvey Buat Hal Suruh Miss Universe 2021 Mengiau Untuk Bukti Kemampuan

14-12-2021 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2618| Komen: 12

Description: Permintaan hos Miss Universe 2021, Steve Harvey yang meminta wakil negara India, Harnaaz Sandhu membuat bunyi kucing mendapat kecaman hebat netizen.
Permintaan hos Miss Universe 2021, Steve Harvey yang meminta wakil negara India, Harnaaz Sandhu membuat bunyi kucing mendapat kecaman hebat netizen.


Kredit foto: Entertainment Weekly

Harvey yang memanggil 16 finalis Miss Universe 2021 ke tengah-tengah pentas untuk memperkenalkan diri masing-masing secara tiba-tiba meminta Sandhu menunjukkan kemahiran yang tidak diketahui ramai.

Malangnya, Harvey meminta Sandhu untuk mengajuk bunyi haiwan bagi membuktikan kemampuan ratu cantik itu.

"Saya dengar anda juga mampu meniru suara haiwan, mari kita dengar," katanya ketika siaran langsung.


Sandhu, 21, yang terkejut dengan permintaan itu dengan segan-silu terpaksa menurut sahaja permintaan Harvey.

"Ya Tuhan, Steve, saya harap tidak melakukannya di pentas dunia. Tapi saya tiada pilihan lain... Bersiap sedia semuanya. Meow... Meow... Meoww," kata Sandhu sambil meniru suara kucing.



Ramai yang hairan apabila setibanya giliran Sandhu, gadis itu diminta untuk berjenaka walhal finalis lain diberikan peluang memperkenalkan diri dengan lebih intelektual.

Sebagai contoh, Miss Panama, Brenda Smith diberikan kesempatan untuk berbicara mengenai peranannya di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala Miss Great Britain, Emma Colingride berbicara tentang perjuangan melawan gender bias.

Hal itu disuarakan netizen di media sosial, mengeluh dengan tindakan Harvey melakukan sedemikian kepada Sandhu.



"Miss India diminta membuat bunyi haiwan bukan perkara yang saya harap pada acara kali ini. Jelas sekali ia perlu diberikan soalan yang lebih baik.

"Soalan merepek apa tu? Miss India ada banyak hal lain yang boleh dibicarakan," luah beberapa pengguna di alam maya.

Sandhu yang dijulang sebagai Miss Universe 2021 merupakan aktivis wanita selain membantu ibunya mendidik masyarakat setempat tentang kepentingan kesihatan dan kebersihan wanita.

Dalam masa sama, dua buah filem lakonan Sandhu bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sandhu telah menamatkan kemarau 21 tahun apabila memenangi mahkota rebutan ramai Miss Universe 2021 mengalahkan 80 delegasi negara lain.

Pada acara sama, tempat kedua dimenangi oleh Miss Paraguay, Nadia Ferreira dan ketiga pula jatuh kepada Miss Afrika Selatan, Lalela Mswane.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 14-12-2021 07:16 PM
Hahahaha..Dr jelitawan terus jadi pussycat doll
Quote NaylaArisha 14-12-2021 08:24 PM
kenapa tak tanya soalan yg berilmiah sikit
Quote Thunderclouds 14-12-2021 09:36 PM
My pussy cat was scratching out on my back door
Scratched so long poor pussy got sore
Sore pussy ooohhhh
Sore pussy ooohhh
Just a friendly little cat  
Quote Cik_jantung 15-12-2021 02:12 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 10:08 PM

..........
Quote blakerainer 15-12-2021 08:29 AM
Steve harvey ni jd host MU tiap tahun mesti ada kontrobasi. Tak sesuwei la jd host Mu, mesti terbayang heols dlm little big shots tu
Quote babelina 15-12-2021 08:52 AM
yg ptg.. dia gak yg korg jd kn host.. walaupn mcm2 yg dia dh buat.. hahaha
Quote mrs_salvatore 15-12-2021 10:27 AM
tp india menang kan? berbaloi la mengiau depan orang macam tu
Quote tipah89 15-12-2021 10:33 AM
kira berbaloi la mengiau dapat menang. tu kalau xmenang boleh kira steve sabotaj dia
Quote coco 15-12-2021 03:44 PM
so adakah steve harvey setaraf ngan haji hj nabil.  walau di cerca tetap jugak di ambil jadi host
Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:39 PM
Nasib menang kalau tak sia2 je
Quote kukukatablog 16-12-2021 10:54 AM
aku baru tau Steve ni Islam
Quote electricopop 16-12-2021 01:20 PM
Yang penting Crown dapat ke dia. Meow meow pun aderrrr! Hahaha bosan lah Steve Harvey ni. Dh kene tukar host dah MU ni.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046912 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top