Pelakon Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah memberi alasan mengambil barang terlarang itu kerana berasa sedih ekoran kematian bapanya pada 2014.
Perkara itu diberitahu Nia ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat bersama dua tertuduh lain iaitu suaminya Anindra Ardiansyah Bakrie dan pemandunya Zen Vivanto pada Khamis, lapor CNN Indonesia.
Kredit foto: TRIBUNNEWS/Warta Kota
"ada awal 2014 bapa saya meninggal dunia dan saat itu saya berjumpa dia baru tiga tahun sebelum dia meninggal.
"ada saat itu sampai April 2021 saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun bahawa saya benar-benar rasa kehilangan," ujarnya di hadapan hakim.
Kredit foto: TRIBUNNEWS
Katanya, dia pernah cuba menceritakan kesedihan itu kepada temannya, namun dinasihatkan tidak perlu bersedih.
Kata Nia, temannya berkata ramai lagi orang lain yang ingin hidup mewah seperti yang dilaluinya.
"Nia malulah untuk sedih kerana hidup kamu itu banyak yang mahu, kamu patut bersyukur. Dia kata saya tak patut bersedih," ujar Nia menceritakan nasihat temannya itu.
Kredit foto: Tempo
Kata Nia, dia berasa sedih dan menganggap dirinya seolah-olah sudah disumpah tidak boleh berasa sedih dan harus sentiasa kelihatan gembira. Walhal, dia mengaku berasa sangat kehilangan saat itu.
Kemudian, hakim bertanya jarak masa kematian orang tuannya itu dengan tempoh dia mula mengambil dadah.
Hakim juga menilai jarak waktu yang cukup jauh antara tarikh meninggal bapanya dengan tindakan mengambil dadah untuk menghilangkan kesedihan.
"Sudah lama sekali waktunya, orang tua saudara meninggal tahun 2014, kemudian saudara berasa sedih kerana kehilangan. Tapi kenapa selepas tujuh tahun kemudian baru saudara mencari jalan keluar?" soal hakim.
Kredit foto: Detik News
Nia menjawab kesedihannya kembali pada April lalu kerana tidak dapat mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya.
Kata Nia, dalam kesedihan itu dia juga teringat tawaran seorang rakan industri yang memberitahu tentang ada sesuatu yang boleh membuat perasaan sedih menjadi bahagia.
Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu.
Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai syabu dengan berat 0.78 gram.
Sumber: mStar |