CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Angkasa NASA Berjaya ‘Sentuh’ Matahari

16-12-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2774| Komen: 15

Description: Washington – Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) iaitu Parker Solar Probe pada April lalu secara rasminya telah ‘menyentuh’ Matahari selepas ia mem ...
Washington – Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) iaitu Parker Solar Probe pada April lalu secara rasminya telah ‘menyentuh’ Matahari selepas ia memasuki atmosfera suria yang belum pernah diterokai dikenali sebagai korona, pada jarak  hanya 12 juta kilometer dari teras bintang itu, lapor laman berita Mail Online semalam.


Ketika melakukan pendekatan ke lapan yang akhirnya membolehkan kapal angkasa itu melepasi atmosfera Matahari, Parker Solar Probe melawan suhu 1,298 Celsius dan radiasi 500 kali ganda lebih kuat berbanding Bumi.

Penerbangan itu berlaku pada April lalu, namun saintis-saintis baru sahaja dapat mengesahkannya selepas menunggu beberapa bulan untuk data itu kembali daripada kapal angkasa tersebut.

Foto: APL


“Parker Solar Probe yang ‘menyentuh’ Matahari ialah satu detik bersejarah sekali gus pencapaian yang benar-benar luar biasa.

“Peristiwa penting ini bukan hanya memberi kita gambaran yang lebih mendalam tentang evolusi Matahari dan impaknya terhadap sistem suria, malah semua yang kita pelajari tentang bintang ini  juga mengajar kita lebih banyak tentang bintang-bintang di cakerawala,” kata pentadbir bersekutu untuk Direktorat Misi Sains NASA, Thomas Zurbuchen dalam satu kenyataan.

Kapal angkasa itu berada 12 juta kilometer dari teras Matahari apabila ia mula melintasi sempadan ‘bergerigi’  antara atmosfera suria dan angin suria yang keluar.

Parker Solar Probe ‘mencelup’  masuk dan keluar dari korona sekurang-kurangnya tiga kali, dan semua pergerakannya berjalan lancar.

Pencapaian tersebut adalah sebahagian daripada penyelidikan baharu yang yang menelan belanja sebanyak AS$1.5 bilion (RM6.34 bilion) oleh NASA. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 16-12-2021 04:24 PM
Aritu ada terbaca kt permukaan matahari ada komuniti makhluk yg menjalankan kehidupan seharian
Quote supernaturalee 16-12-2021 04:29 PM
Firenzza replied at 16-12-2021 04:24 PM
Aritu ada terbaca kt permukaan matahari ada komuniti makhluk yg menjalankan kehidupan seharian

sape yg tegar kalis panas sgt tu




Quote sharlenetexas 16-12-2021 04:51 PM
Menyentuh mcm point tangent tu ke?
Quote Belibis 16-12-2021 05:05 PM
Berbual ngalahkan kayjay..
Quote Dwdrum 16-12-2021 05:09 PM
Solar probe ini nasa colab dengan prof dari UK ..
Quote Artemesiaa 16-12-2021 05:25 PM
Ia kan jer ler
Quote minahmanja 16-12-2021 05:27 PM
supernaturalee replied at 16-12-2021 04:29 PM
sape yg tegar kalis panas sgt tu

iblis & syaitan la kot.. sbb sama2 api.. hehehe..
Quote krustykrab 16-12-2021 05:32 PM
Sentuh apanya 12 juta km lagi
Quote Dwdrum 16-12-2021 06:10 PM
Edited by Dwdrum at 16-12-2021 02:13 AM

Structure matahari... Ialah lapisan atmosphere matahari... Matahari berbeza dari untuk touch matahari bukan seperti di bumi touch the ground di airport ada tanah... Structure matahari dari gas... Teras matahari hasil nuclear reaction >hidrogen>nuclear fusion >helium..cara bagaimana matahari hasil kan sinar kepada bumi... . Untuk lebih mudah acik light candle... Tengok api paling panas di dalam itu seperti core... Solar probe sekarang di atmosphere paling atas di corona bukan coronavirus.. Api paling luar.. ... Dia sudah touch the sun cuma tiada tempat untuk landing seperti di bumi giteww
Quote AbukRokok 16-12-2021 06:12 PM
Parker Solar Probe ‘mencelup’  masuk dan keluar dari korona sekurang-kurangnya tiga kali


masuk
oppp panas panas
kluar balik

repeat
Quote R2D2 17-12-2021 01:13 AM
Quote noor2 17-12-2021 06:13 AM
Membongak je ke Amrika ni
Quote Abahmung 17-12-2021 07:53 AM
Teringat jln cerita filem Sunshine..
Quote domestobot 17-12-2021 08:32 AM
so pencapaian sains camni kira tanda2 kiamat tak? yang pasti bulan puasa nanti semua tanda2 kiamat hilang, sebab nak raya nanti spoil lah kalau cerita pasal kiamat
Quote KamikuP 20-12-2021 01:14 PM
Dulu2 ada roti jenama Sunshine. Mana pegi ntah skrg

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.639337 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top