CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan Terhadap PA Aliff Syukri Yang Hilangkan Diri Lepas Bida Harta Sajat Belum Dibincangkan

16-12-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3648| Komen: 12

Description: Peguam dan plaintif masih belum berbincang berhubung tindakan yang akan diambil terhadap pembida harta dan barangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang menghilangkan di ...
Peguam dan plaintif masih belum berbincang berhubung tindakan yang akan diambil terhadap pembida harta dan barangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang menghilangkan diri.


Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, buat masa ini, fokus diberikan untuk membuat permohonan tarikh baru bagi proses lelongan harta Sajat.

Hafidzah, Foto: Harian Metro

"Pihak peguam akan mendapatkan tarikh baharu sesi lelongan itu dalam masa terdekat dan mengaturkan sesi lelongan baharu.

"Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan) kerana sibuk dengan proses lelongan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Nurul Hafidzah berkata, prosedur lelongan akan kekal seperti biasa dan mempunyai syarat lelongan membabitkan pembida perlu meletakkan deposit wang tunai RM5,000.

"Sama sahaja dan ikut prosedur biasa ketika ini. Sebelum ini deposit RM5,000, berubah atau tidak bergantung kepada mahkamah selepas ini.

"Semua pihak yang mahu menyertai lelongan itu kena bersedia dengan pengisytiharan jualan dikeluarkan pihak berkaitan," katanya.

Semalam, media melaporkan pembida yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik itu disahkan sebagai pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Lelaki terbabit memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.

Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 manakala termurah ialah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

Lelaki itu dikatakan menghilangkan diri apabila tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan untuk menguruskan bank draf.

Proses lelongan itu dikira terbatal berikutan kegagalan lelaki terbabit membuat bayaran selepas jam 4.10 petang.

Sehubungan itu, satu tarikh lelongan baru akan dikemukakan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors di mahkamah bagi membolehkan bayaran Nur Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya, OWA Resourses Sdn Bhd dapat diselesaikan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan gagal membayar pampasan kepada OWA Resources.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 16-12-2021 06:53 PM
Reput cari ni reti xbeza jantina?

Sejak bila Nur sajat

Jpn bagi ke dia tukar Nama?

Kes mahkamah kan muhamad Sajjad..Kang kata ko xhbs sekolah Kang koyak plakk
Quote belilies 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
Quote CiliPadiSedap 16-12-2021 07:32 PM
belilies: PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak



sajad pun lesap boleh lepas border ni kan PA suara chipmunks

Quote musangbodoh 16-12-2021 11:45 PM
lebur 5k apedehal
Quote tikusmontok 17-12-2021 01:02 AM
belilies replied at 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak

Dah lps berjimba ke turki
Quote belilies 17-12-2021 01:16 PM
tikusmontok replied at 17-12-2021 01:02 AM
Dah lps berjimba ke turki

Siyeslaaa?? Taktik deyols lh ni. Aliff tu kan bff sajat
Quote belilies 17-12-2021 02:02 PM
CiliPadiSedap replied at 16-12-2021 07:32 PM
sajad pun lesap boleh lepas border ni kan PA suara chipmunks

Saja nak buat hal kot.. jenjangan aliff tu yg tolg export sajat ke thai-oz. deyols kan bff. Tu ha tikus kata PA tu dh sampai turki pun. Acaner tu??
Quote Decaffeinated 17-12-2021 04:03 PM
belilies replied at 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak

Tak perlu cari. He hasn't broken any law.


Quote tikusmontok 17-12-2021 04:41 PM
belilies replied at 17-12-2021 01:16 PM
Siyeslaaa?? Taktik deyols lh ni. Aliff tu kan bff sajat

Tu yg dokong usop tu
[ig]https://www.instagram.com/p/CXdpT1OluWb/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote CikYaYaYa 17-12-2021 05:35 PM
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu satu kesalahan ke..?  ada deposit n burn kan..? btw syg nawww erkk si sotong tu kat abe jadd. Herlok laa ko pon ikot diaa duk sana. Kesian abe jadd lonely sesorg kat sana
Quote laksmanabentan 17-12-2021 05:50 PM
CikYaYaYa replied at 17-12-2021 05:35 PM
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu sat ...

kalau aussie da buka boarder, confirm da pergi alip tu jumpa bff dia...
Quote Decaffeinated 17-12-2021 10:51 PM
CikYaYaYa replied at 17-12-2021 05:35 PM
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu sat ...
Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan)
kena failkan kes menghina mahkamah yang bukan senang nak buktikan. People do change their mind.


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066682 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top