CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Henti Kecam DSV, Kesian Dia' - Isteri Arwah Gmie

16-12-2021 06:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4632| Komen: 14|Original author: LilRose

Description: Isteri Allahyarham Gmie Screen, Siti Royani Gumari meminta orang ramai berhenti menghentam usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) atas kenyataannya sebelum ini yang terkilan kerana terlupa menghulurk ...
Isteri Allahyarham Gmie Screen, Siti Royani Gumari meminta orang ramai berhenti menghentam usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) atas kenyataannya sebelum ini yang terkilan kerana terlupa menghulurkan sumbangan kepada Allahyarham hingga mencetuskan salah faham.



Kredit foto: IG

"Apabila saya dapat tahu (kontroversi), saya suruh anak DM (direct message) Datuk Vida sebab kesian. Banyak komen yang menghentam.

"Tapi sekarang semua dah jelas dan kita faham. Tolong hentikan sebab arwah Gmie baru pergi dan kesian Datuk Vida. Terima kasih Datuk Vida datang ke pondok kami," katanya dipetik dari mStar Online.


Terdahulu, media melaporkan DSV meluahkan rasa terkilan tidak sempat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Gmie yang menderita sakit buah pinggang berlubang sehingga menghembuskan nafas terakhir 10 Disember lalu.

Orang ramai mula mengecam DSV apabila anak sulung Gmie, Siti Hadirah menafikan bapanya pernah meminta sumbangan.



Enggan terus dicemuh, DSV menziarahi keluarga arwah di kediaman mereka di Kampung Medan Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor baru-baru ini dan disabut baik Siti Royani dan Siti Hadirah.


Kredit foto: mStar

"Netizen asyik mengata saya, kecam kata seperti saya ni tak ada hati perut nak tumpang populariti. Persoalkan kenapa tak pergi rumah keluarga arwah diam-diam bagi je sumbangan.




Kredit foto: mStar

"Bukan apa, saya ni orang (aktif) media sosial, setiap apa yang saya kongsikan orang nak tahu. Peminat saya suka bersama saya.



"Orang mungkin tak tahu yang kami pernah ada kaitan dulu masa Gegar Vaganza, program yang arwah sertai tu bawah tajaan saya.

"Memang sedih (tak sempat bantu) tapi saya fikir positif mesti ada rahmat. Rahmatnya ialah saya nak adakan tahlil berkala Gmie, Siti Sarah, Maya Matahari dan keluarga saya.

"Saya datang ziarah ni pun sebab nak tunaikan hajat dan hasrat bagi sumbangan setakat yang saya mampu," katanya kepada mStar.

Sekarang, semua dah jelas dan faham kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 16-12-2021 08:10 PM
Mentibang laut ni, tahap mmg muke tak tau malu.
Mmg layak buat lap kaki je
Quote dudaberhias 16-12-2021 10:49 PM
ewww gelinya acik ni hangkut beg fendi warna merah merelip gittew dah rhoper macam pati rohingya dekat pasar selayang tu dah yang keje angkut2 sayur yang di buang untuk pilih2 jual balik....

bukan ke heshe ni suka di kecam??? nak lakukan pamoga gok gok gok sheols tu kan... kalau tidak takde la tiap2 minggu berusaha nak naikkan nama...
Quote hareeeesah 16-12-2021 11:22 PM
Gitu statement acik bidah peminat suka bersama saya.. korang apa tau?? Hahahha
Quote OyaTonggek 16-12-2021 11:42 PM
acik bidah ngan bodo* bukan sama dengan ke? kalau salah...maaplaa. bukan ape, beliau selalu nawww buat kontobesi bodoh camgini..
Quote CikYaYaYa 17-12-2021 12:23 AM
alaa xyah laa kesian kat achik bidahh nie. Diaa nie memang bt benda bodoh2 sebab nk netijen kecam pon.. Nak cr publicityy murahenss gitchuu
Quote Perawankota 17-12-2021 03:22 AM
Jangan lupa tolong ashira Aziz dgn suaminya sekali tau acik vida
Quote damian_lee 17-12-2021 09:41 AM
pada aku those attention seekers. especially yang feeling2 founder yang duk buat kontrobesi as their marketing strategy .... xlayak untuk ada thread dekat sini ....

seperti: bida, sejat, iqbal terpaling straight, alip cukri, abang tetap sapie apdal eh ilyas ... dan sewaktu dengannya

every time nampak thread diorang turn off nak bersidai kat bod gosip ni
Quote adeqbun 17-12-2021 09:45 AM
dudaberhias replied at 16-12-2021 10:49 PM
ewww gelinya acik ni hangkut beg fendi warna merah merelip gittew dah rhoper macam pati rohingya dek ...

aku rs kendong beg hijau jusco pon lg lawa drpd die kendong beg fendi merah tu...asal la die ni menampakkan benda mahal jd murah ye..
Quote missyL 17-12-2021 12:11 PM
Perawankota replied at 17-12-2021 03:22 AM
Jangan lupa tolong ashira Aziz dgn suaminya sekali tau acik vida

Tula jgn tgu bad dah xde (semoga dipanjangkn umo bad amin)
Baru nk buat ayat sy terkilan bla bla bla
Quote Minami2013 17-12-2021 12:34 PM
Tgk muka arwah dulu nmpak seorang yg tenang, baik. Tgk isteri dia pun mcm tu. Keluarga baik2 insyaAllah.
Quote Minami2013 17-12-2021 12:34 PM
Perawankota replied at 16-12-2021 07:22 PM
Jangan lupa tolong ashira Aziz dgn suaminya sekali tau acik vida

Dah ada baca kat mana ntah.. acik vida menyahut seruan you
Quote minime88 17-12-2021 12:43 PM
Edited by minime88 at 23-12-2021 08:22 PM

delete.....
Quote sleepandream 17-12-2021 04:50 PM
orang mcm tokvidatifu ni salah diri sendiri mana nak nampak... takkan mengaku punya... kalau tak, takde anak arwah terasa mcm bapaknya tagih bantuan pulak...
Quote Acikporemkau 17-12-2021 04:52 PM
Dia ni acah2 happy kan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.097927 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top