CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beria Larang Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, Nak Lindung Anak Pembuli Ke?

16-12-2021 05:39 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2527| Komen: 10|Original author: LilRose

Description: Bimbang dengan gejala buli di sekolah yang semakin menjadi-jadi, ada ibu bapa menyarankan supaya pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit.
Bimbang dengan gejala buli di sekolah yang semakin menjadi-jadi, ada ibu bapa menyarankan supaya pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit.



Gambar hiasan

Ia berikutan kes buli terbaru yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar baru-baru ini menjadi tular.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan segelintir ibu bapa pelajar MRSM berkenaan mencadangkan pihak sekolah memperketatkan peraturan dengan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi mengekang gejala buli.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, cadangan itu ditempelak warganet yang menganggap ia satu idea tidak bernas memandangkan ia bukan punca sebenar kejadian berlaku.

Malah, ibu bapa yang memberi cadangan itu turut dikecam kononnya ingin menutup bukti atau melindungi pembuli dan menjaga nama baik sekolah.

Apa kena mengena telefon bimbit dengan perbuatan buli? Bak kata netizen, tiada telefon, tak viral lah kes dan tiada tindakan diambil.






Kredit foto: Twitter

Terfikir pula, MRSM ni kan tempat budak-budak pandai, tapi kenapa masih ada kejadian sebegini?  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 16-12-2021 06:47 PM
MRSM tempat budak2 pandai yang dipaksa pandai tapi tidak dimanusiakan oleh ibu bapa...

Faham?  

Quote matbad 16-12-2021 07:50 PM
sarahmirza: MRSM tempat budak2 pandai yang ...

faham. mcm mna pn xpa jnji anak pandai walaupun menyetan
Quote domestobot 16-12-2021 07:56 PM
nak membendung bukti je. takde phone, takde lah kamera yang boleh amik video yang boleh jadi bahan bukti membuli.
Quote Belibis 16-12-2021 08:18 PM
Asalnya kena buli sebab nak report perbuatan menonton blue kat hp..
Quote mikasa 16-12-2021 08:21 PM
Zaman aku sekolah dulu takda hp semua. Senior buli junior. Dah laa lagi 2 bulan nak SPM. Ambik ko kena buang skolah terus
Quote Firenzza 16-12-2021 08:46 PM
Dah macam statement najibun plk parents ni, dah sedap melanyak anak orang ko salahkan menda yg x releven pastu nangis bucu katil
Quote stingerke 16-12-2021 09:10 PM
Belibis replied at 16-12-2021 08:18 PM
Asalnya kena buli sebab nak report perbuatan menonton blue kat hp..

Ini yg aku faham sebab tu jadinya org suruh larang bawak phone kan?
Takutnya budak2 dah tengok porn
Quote nolya 16-12-2021 09:14 PM

tak ade cctv ke kat dewan atau dorm.  Kalau tak ade, pihak asrama pasanglah supaya pergerakan penghuni boleh dipantau. Skr ni dah zmn digital, cctv tu perlu dn diperhatikan oleh warden atau sekuriti.
Quote OyaTonggek 17-12-2021 08:13 PM
MRSM tmpat budak yg dipaksa pandai oleh parents yg pakai kabel..last2 anak revenge dgn membuli..
Quote rikiruj 17-12-2021 09:28 PM
Agaknya parents tu nak elakkan budak2 tu tengok porn kot.. kan depa tgk porn kat phone..  tu yg jadi sebab budak tu kena pukul.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050991 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top