CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik, Kurung, Pukul Pasangan Suami Isteri Kerana Tak Puas Hati Pelaburan Rugi

15-12-2021 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1840| Komen: 2

Description: Enam individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri, awal bulan ini.
Enam individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri, awal bulan ini.


Tindakan berkenaan difahamkan dilakukan selepas tidak berpuas hati ditipu pasangan suami isteri itu dalam pelaburan membabitkan kerugian RM9.5 juta.


Kredit foto: AWANI

Kesemua tertuduh masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita ialah Moe Chern Wei, 29, Fong Chong Yong, 25, Seow Kwee Chiew, 50, Chong Siew Chiew, 46, Siah Soon Siong, 43, dan Kua Siew Mei, 37.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, enam tertuduh terbabit didakwa melarikan Choo Eng Hong, 27, dan isterinya, Lee Chen Hwee, 33, sebelum dikurung di suatu tempat yang dirahsiakan.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan rumah nombor 9, Jalan Murni, Taman Malim Jaya, Melaka pada jam 3 petang, 8 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan dengan kesalahan memukul pasangan terbabit dengan sebatang kayu hingga cedera.

Perbuatan itu dilakukan di belakang sebuah bengkel bernombor 30, Jalan Suria, Taman Malim Jaya, pada jam 11 malam, 8 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 kanun sama yang boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, J.J Lee.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan 18 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 15-12-2021 04:51 PM
Banyaknye duit muda2.....
Quote hareeeesah 15-12-2021 11:46 PM
me12345: Banyaknye duit muda2.....


Ha’ah banyaknya duit. Dah tu nak short cut kaya invest, melepas sudah semuanya…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044430 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top