CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Salah Faham Je, Jangan Perbesar Kejadian 3 Lelaki Ketuk Pintu Tadika'

15-12-2021 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2399| Komen: 8

Description: Polis menasihatkan penduduk khususnya di Bandar Sri Sendayan, di sini, supaya tidak memperbesarkan kejadian tiga lelaki yang mengetuk pintu sebuah tadika di taman berkenaan dalam keadaan marah kira-ki ...
Polis menasihatkan penduduk khususnya di Bandar Sri Sendayan di Seremban supaya tidak memperbesarkan kejadian tiga lelaki yang mengetuk pintu sebuah tadika di taman berkenaan dalam keadaan marah kira-kira jam 11.45 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menerima satu laporan polis jam 3.51 petang semalam daripada pihak pusat asuhan kanak-kanak berkenaan.


Kredit foto: Harian Metro

Beliau berkata, kejadian berkenaan sebenarnya hanya perselisihan faham antara jiran dengan pengusaha tadika akibat bunyi bising daripada kanak-kanak yang sedang belajar.


"Kejadian sebenar cuma berlaku perselisihan faham antara jiran belakang dan pihak tadika. Tindakan awal sudah diambil dengan memanggil semua yang terbabit.

"Hasil perbincangan awal dan persetujuan dicapai supaya perkara ini tidak dipanjangkan. Pihak polis berharap kejadian ini tidak diperbesarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan supaya bertenang kerana keselamatan mereka dan kanak-kanak terjamin.

"Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang fitnah dan berhenti menyebarkan video kejadian. Keadaan semasa adalah terkawal.

Sejak semalam, tular tiga rakaman masing-masing berdurasi dua minit 49 saat, 59 saat dan 49 saat yang menunjukkan tiga lelaki memegang objek sambil mengetuk pintu pagar bahagian belakang sebuah premis.

Terdengar juga dialog lelaki berkenaan seolah berada dalam keadaan marah kerana bunyi bising dari tadika berkenaan.

Video yang dimuat naik di laman Facebook itu disertakan dengan kenyataan berbunyi tiga lelaki mengamuk di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan dan menimbulkan ketakutan kepada guru dan anak taska.

"Waktu berlaku jam 11.45, mereka menggunakan besi ketuk pintu dan mengeluarkan perkataan yang berunsur ugut. Punca mengamuk sebab kanak-kanak bising," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 15-12-2021 06:08 PM
Kalau senyap kang kata cikgu tak mengajar suh budak tidur
Quote jazaa100 15-12-2021 06:15 PM
Habislahhh......

Pasni tadika tak blh dibuat kat taman perumahan
Quote sukacactus 15-12-2021 07:31 PM
Dekat rumah aku ni dl pun ada tadika
Suara budak2 tu xde la bising
Bising lg suara cikgu marah ke budak2 tu
Quote Kuasaberganda 15-12-2021 09:03 PM
Bersyukur lah masih ada suara budak. Kalo langsung xde suara budak, taman ko jd taman misteri nnt. Tapi budak budak invisible pon main guli guli. Buaian bergerak tp xde budak. Jd bersyukur lah maaih dengar suara budak.
Quote mikasa 15-12-2021 09:06 PM
Bising sgt ke? Ko kerja shift malam kot. Siang terpaksa tido
Quote auntieagony 15-12-2021 09:19 PM
Sebelum buka tadika di kawasan perumahan, pengusaha tadika dah kena minta kebenaran & tanda tangan penduduk utk diberikan kpd Majlis Perbadanan tempat tu.

Budak2 mmg lah bising. Itu agak normal. Tapi dpt dikawal dgn baik oleh guru2 lah.

Dulu ada 3 buah tadika kat kwsn auntie tapi skrg tinggal 1 jer. Takderlah auntie dengar bunyi2 bising yg melampaui batas. Malahan sgt jarang dengar bunyi bising kecuali once in a blue moon. Mungkin sbb jarak 3/4 buah rumah kot?

So kena polis masuk campur jugak, barulah selesai masalah ni. Hmmm.... masalah komunikasi dan toleransi yg berkurangan di kalangan masyarakat.

Kalau lelaki2 tu dah berkeluarga dan ada anak2 nanti, pasti diaorg tak hantar anak2 diaorg kat tadika tu.


Quote supernaturalee 16-12-2021 08:51 AM
3 ekor jantan ni x sesuai ada anak
mohon dikembiri je


Quote syaz_lina 16-12-2021 09:56 AM
Bakal belasah anak sendiri 3 jantan ni..sila sebarkan nama n ic supaya tak tersalah terima pinangan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.576014 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top