CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bersyukur Diselamatkan ‘Superman’ Ketika Puting Beliung

15-12-2021 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1290| Komen: 1

Description: Seorang wanita mendakwa diselamatkan ‘Superman’ dalam kejadian puting beliung yang membadai negeri Kentucky, Amerika Syarikat, pada 10 Disember lalu, lapor laman berita Wionews semalam.
Seorang wanita mendakwa diselamatkan ‘Superman’ dalam kejadian puting beliung yang membadai negeri Kentucky, Amerika Syarikat, pada 10 Disember lalu, lapor laman berita Wionews semalam.


Autumn Kirks, ketika kejadian sedang bekerja di sebuah kilang lilin di Mayfield sebelum ribut puting beliung melanda kawasan itu yang mengakibatkan dia kehilangan teman lelakinya, Lannis Ward.


Autumn Kirks bersama anak-anaknya
Kredit foto: abc News

Kirks bersama tiga rakannya yang lain terperangkap di sebalik runtuhan konkrit ketika melalui sebuah laluan di dalam kilang itu.

Runtuhan itu kemudiannya diangkat seorang lelaki tidak dikenali yang kemudiannya menyelamatkan beberapa individu termasuk dirinya.


Kredit foto: USA Today

Dia menggelar lelaki itu sebagai ‘Superman’ kerana telah menyelamatkan ramai mangsa.

"Jika bukan kerana dia, saya mungkin masih berada di bawah tembok itu.


Kredit foto: USA Today

"Saya tidak tahu siapa dia. Saya harap saya tahu, jadi boleh berterima kasih kepadanya. Kami terselamat kerana dia," katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-12-2021 07:17 PM
seorang lelaki angkat runtuhan konkrit?

very stronk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044341 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top