CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibayar Untuk Terima 10 Suntikan Vaksin Bagi Pihak Orang Lain

13-12-2021 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1717| Komen: 7

Description: Pihak berkuasa New Zealand menyiasat insiden seorang lelaki yang menerima 10 dos suntikan vaksin Covid-19 dalam masa sehari bagi pihak orang lain, lapor akhbar New York Post semalam.
Pihak berkuasa New Zealand menyiasat insiden seorang lelaki yang menerima 10 dos suntikan vaksin Covid-19 dalam masa sehari bagi pihak orang lain, lapor akhbar New York Post semalam.


Pengurus Operasi Kumpulan untuk vaksin Covid-19 dan program imunisasi di New Zealand, Astrid Koornneef berkata, Kementerian Kesihatan negara itu menyedari kejadian tersebut dan menganggap perkara itu amat serius.


Gambar hiasan

“Kami sangat prihatin dengan situasi ini dan sedang bekerjasama dengan agensi yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, seorang pakar vaksin, Profesor Madya Helen Petousis-Harris, menggelar tingkah laku itu sebagai ‘sangat mementingkan diri sendiri’.


Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan kemudaratan serius terhadap orang yang tidak diberi vaksin dan mereka mungkin boleh menyebarkan virus. 

Petousis-Harris berkata, lelaki yang mengambil beberapa dos vaksin Covid-19 itu mungkin tidak mengalami sebarang bahaya yang serius, namun berkemungkinan berasa tidak sihat pada hari berikutnya akibat tindak balas imun.

Lelaki itu difahamkan telah melawat beberapa pusat vaksinasi dan telah dibayar untuk suntikan itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 13-12-2021 04:27 PM
gila la
sanggup pulak dia cucuk byk kali mcm tu. xpikir kesan ke. cucuk sekali pn dah mcm2 rasa
Quote dua_chzy 13-12-2021 04:35 PM
1. Mungkin dia pendatang.
2. Mungkin dia terdesak mahu duit.
Quote Artemesiaa 13-12-2021 05:29 PM
Orang terdesak duit je sanggup lakukan perkara macam tu sebab tak sempat nak berfikir panjang
Quote Orix 13-12-2021 05:47 PM
x kojol pulak ekk
Quote Samerosie 13-12-2021 05:53 PM
Orix replied at 13-12-2021 05:47 PM
x kojol pulak ekk

Kalau kojol nanti cerita dia pindah lak ke salah satu thread kaka tumpang.
Quote Orix 13-12-2021 05:57 PM
Samerosie replied at 13-12-2021 05:53 PM
Kalau kojol nanti cerita dia pindah lak ke salah satu thread kaka tumpang.

kihkih.. kalau satu dos pun dia dah meratib, 10 dos mau 10 benang dia bukak nnt
Quote eely_shana 13-12-2021 07:32 PM
Sanggupnya dia kena suntik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047707 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top