CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diugut Pindah Suami Ke Penjara Lebih Jauh Kalau Tak Layan Nafsu Polis

13-12-2021 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2270| Komen: 14

Description: Seorang anggota polis di Sumatera Selatan dilaporkan kepada pihak atasan selepas didakwa merogol seorang isteri tahanan sehingga hamil.
Seorang anggota polis di Sumatera Selatan dilaporkan kepada pihak atasan selepas didakwa merogol seorang isteri tahanan sehingga hamil.


Mangsa merupakan isteri kepada seorang tahanan kes dadah di Penjara Tanjung Raja, daerah Ogan Ilir.


Gambar hiasan

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Selatan, Supriadi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan tersebut.

Katanya, kes tersebut terbongkar selepas peguam bela tahanan tersebut membuat laporan pada Jumaat lalu.

“Kami akan meneliti kes ini dan jika benar dakwaan itu, kami akan menahan anggota polis berkenaan untuk dikenakan tindakan,” katanya.

Peguam Feodor Novikov Denny berkata, anak guamnya kini masih menjalani hukuman penjara di Tanjung Raja dan selepas mengetahui isterinya dirogol anggota polis tersebut, dia meminta supaya melaporkan hal itu kepada polis.

“Anggota polis itu mengugut untuk memindahkan tahanan tersebut ke penjara yang lebih jauh sekiranya mangsa enggan melayani nafsu serakahnya.

“Kerana takut tidak dapat berjumpa lagi dengan suaminya, mangsa menuruti permintaan anggota polis tersebut dan kini dia hamil dua bulan akibat perbuatan itu,” ujarnya kepada Kompas.com.

Selain itu, Feodor memberitahu, anggota polis tersebut turut mengancam untuk mengupah orang bagi mencederakan suami mangsa di dalam penjara jika enggan menuruti permintaannya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 13-12-2021 04:29 PM
potong sikit punai polis tu
jijik gila
Quote prince_marhaen 13-12-2021 05:15 PM
banyak betul berita yindon hari-hari.... reporter mmg dok yindon ke? kenapa tak bukak forom edisi yindon je
Quote Artemesiaa 13-12-2021 05:21 PM
Moga pelaku terima hukuman setimpal
Quote tikusmontok 13-12-2021 06:40 PM
Apa komen bibik Friska?
Quote Firenzza 13-12-2021 06:42 PM
Yindon ni dh mcm yindia plk
Quote Cik_jantung 13-12-2021 09:14 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:57 PM

..........
Quote akies 13-12-2021 09:22 PM
Kat sini minah indon tu taknak komen lak
Quote Decaffeinated 13-12-2021 09:33 PM
ini kes paksa rela kan kenapa sampai terbunting?
Quote keane.somewhere 13-12-2021 11:03 PM
Kat Malaysia pun ada....cuma tak dilaporkan je
Quote keane.somewhere 13-12-2021 11:04 PM
Ada Kes tokan dadah tu rogol bini penagih tu
Quote tumpanglalu74 13-12-2021 11:12 PM
Aletta Ocean & Charles Dera.
Quote cik_kuntum36 14-12-2021 10:11 AM
Decaffeinated replied at 13-12-2021 09:33 PM
ini kes paksa rela kan kenapa sampai terbunting?

kalo secara paksa xbole bunting ke??? sekali pun bole jek bunting.... dik oiii...
Quote ^CUN_GILA~. 14-12-2021 10:13 AM

Aku dah Google.

Quote Decaffeinated 14-12-2021 12:11 PM
cik_kuntum36 replied at 14-12-2021 10:11 AM
kalo secara paksa xbole bunting ke??? sekali pun bole jek bunting.... dik oiii...

underline 'rela'

sempat lagi beli condom kalau nak


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.325546 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top