CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

5 Artis Mengarut Jual Udara Dan Nafas Sendiri

13-12-2021 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2029| Komen: 3

Description: Perkara pelik seperti jualan barangan milik peribadi sering terjadi di negara luar dan dianggap menyeronokkan serta kreatif.
Perkara pelik seperti jualan barangan milik peribadi sering terjadi di negara luar dan dianggap menyeronokkan serta kreatif. 


Udara Las Vegas Milik Arief Muhammad 

via Berita Satu

Sebelum ini, selebriti Indonesia Arief Muhammad mengembara ke New York dan Las Vegas. Sebelum pulang ke Indonesia, dia secara tidak sengaja memasukkan udara Las Vegas ke dalam beg plastik lutsinar.

Menerusi akaun Instagramnya, Arief melelong beg udara Las Vegas itu dengan harga sekitar RM61,000.


Nafas Brad Pitt dan Angelina Jolie


Kredit foto: ELLE

Sebelum berlaku keretakan rumah tangga antara Brad Pitt dan Angelina Jolie, mereka sering menunjukkan kepada umum mengenai kemesraan hubungan tersebut.

Menurut IntepSeleb, mereka berdua sengaja mengumpulkan nafas bersama dalam satu balang. Satu balang udara Brad Pitt dan Angelina Jolie dijual sekitar RM2,000.


Rambut Justin Bieber 

via Wallpaper

Justin Bieber memulakan kerjayanya dengan gaya rambut yang menjadi trend pada awal penampilannya. Apabila rambutnya dipotong, sisa potongan rambut itu disimpan oleh salah seorang peminat dan berjaya dilelong sekitar RM168,000


Air Mata Noah Cyrus

via Teen Vogue

Noah Cyrus, adik kepada Miley Cyrus, pernah mempunyai hubungan sulit dengan Lil Xan, namun hubungan mereka tidak lama.

Menurut IntepSeleb, atas kejadian tersebut, dia mengeluarkan lagu berjudul Good Cry dan titisan air mata Noah Cyrus digunakan sebagai ‘merchandise’ yang dijual sekitar RM50,000.


Udara Konsert Kanye West

via Cosmopolitan

Rapper dari Amerika Syarikat itu terkenal dengan koleksi fesyennya yang berharga hebat. Tanpa disangka, Kanye West juga pernah melelong udara yang dimasukkan ke dalam beg plastik. 

Udara tersebut diambil semasa konsertnya dan dijual dengan harga sekitar RM227,000.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 13-12-2021 07:46 PM
never underestimate human stupidity
Quote Artemesiaa 14-12-2021 12:05 PM
Walau kedengaran lucu tapi ada je fanatik yang sanggup membelinya
Quote apedehal 14-12-2021 04:29 PM
Nape muka adik miley cyrus tu mcm katun je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043406 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top