CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Penat Bukan Alasan!" Sikap Mendesak Sheikh Muszaphar Paksa Anak Dibantah Netizen

13-12-2021 03:08 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 13274| Komen: 98|Original author: ameenarara

Description: Setiap ibu bapa mempunyai cara masing-masing untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan sudah pasti tidak mahu anak-anak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfa ...
Setiap ibu bapa mempunyai cara masing-masing untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan sudah pasti tidak mahu anak-anak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.


Begitu juga dengan Sheikh Muszaphar yang seringkali berkongsi rutin harian hidupnya bersama anak-anak tercinta. Namun, tidak semua cara didikan itu mendapat pujian pengikutnya.

Foto: Instagram Sheikh Muszaphar

Pada perkongsiannya hari ini, dia sempat bertanyakan kepada pengikut di Instagram adakah cara didikannya terlalu mendesak. Majoriti memuji tapi ada juga membalas dengan komen negatif yang mengatakan dia begitu memaksa anaknya.


Foto: Instagram Sheikh Muszaphar

Video yang dikongsi itu menunjukkan anak lelakinya, Adam dan Noah sedang dalam keletihan sehingga tertidur dalam kereta untuk pergi ke kelas renang. Tapi kebanyakkan ibu bapa yang mengikuti Instagram bersetuju dengan caranya yang 'memaksa' anak untuk melakukan aktiviti.


Dia turut menegaskan walau penat macam mana sekalipun, rutin pembelajaran tetap diteruskan dan penat tidak boleh dijadikan alasan. 

Malah dia juga ingin menambah lagi rutin hidup anak-anak lelakinya dan percaya lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin baru ini.


Jika anda seorang ibu bapa, adakah anda turut melakukan perkara yang sama pada anak dengan cara memaksa mereka mengikut rutin yang ditetapkan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 13-12-2021 03:26 PM
Tak payah ler tanya am i pushing them too much.obviously he doesnt need any opinion pong! Hadoilah sheikh oi.tp i suka je tgk anak2 heols
Quote cmf_premierleag 13-12-2021 03:29 PM
gitule nak sangatttt kan jd bapak2 terpaling bagus ni kan sbb nk pujian dr netizen
lps dpt kecaman,. kemain defensive
Quote youell 13-12-2021 03:41 PM
Lantak dia la..anak dia...dia lebih kenal anak dia.. pushing pun..for their best..harapnya la..better la dari biar anak terkinja2 layan TikTok
Quote ellejo 13-12-2021 03:47 PM
dia angkasawan negara kan? bila pegi angkasa lagi? ke tak pegi dah?
Quote bracebintang 13-12-2021 04:01 PM
Edited by bracebintang at 27-9-2022 01:36 PM

--deleted post--
Quote febreze 13-12-2021 04:03 PM
anak dia, lantak dia la haha esok yg berjaya pon anak dia gakkkk.. anak kau? beli honda, kawen pinjam loan kat bank.. anak 3 pon blom habis bayar hoho
Quote nurul_akmar 13-12-2021 04:05 PM
kalau nk layan komen2 negatif, mmg kelaut la jawabnya... yg aku penah dgr, slh satu cara nk pastikan anak2 x terleka atau jauh dr gejala sosial adalah dengan memberikan mereka hobi.. dia as parent pon penat juga sbnrnya.. nk hntr anak pergi balik dari 1 tempat ke 1 tempat.. nk hafaz quran dgn anak2.. nk tgk homework anak2.. jarang2 ada parent boleh buat mcm ni..
Quote prince_marhaen 13-12-2021 04:09 PM
sebab dia terpaling angkasawan dia rasa dia terpaling hebat kat malaysia ke? macam nak mati tgok jadual budak-budak tu...kesian gila... jadual masak memasak bersama Atok Chef Mail Rebung takde ke sis musz? ehhh ter'sis' pulak.... biasalah...apak-apak fonen ni biasanya feeling lebih sikit kan...anak takleh kalah ngan orang...
Quote kotakominami 13-12-2021 04:10 PM
Ok lah dia ambik berat pasal anak2 dia....daripada buat anak tapi tak tau jaga sibuk isap gam, pukul anak lagi kesian....
Quote cmf_premierleag 13-12-2021 04:11 PM
prince_marhaen replied at 13-12-2021 04:09 PM
sebab dia terpaling angkasawan dia rasa dia terpaling hebat kat malaysia ke? macam nak mati tgok jad ...

bukan angkasawan pun
tp space tourist jahh
Quote prince_marhaen 13-12-2021 04:12 PM
cmf_premierleag replied at 13-12-2021 04:11 PM
bukan angkasawan pun
tp space tourist jahh

heols feeling bawak 100 naskah dan spesimen bahan ujikaji malaysia bawak ke angkasa okeh... angkasawan saintis gitu....terpalingggggg!!!
Quote naina 13-12-2021 04:28 PM
Anak kembar dia yang Eusoff dan Emilia tu comel sangat. Especially Emilia. Macam happy baby gitu..
Quote Lula2 13-12-2021 04:45 PM
Ala I rasa dulu I sekolah rendah pun jadual padat. Pagi sekolah, petang sekolah agama, balik sekolah main kejap, sambung mengaji lepas maghrib, lepas tu buat kerja sekolah.
Budak2 ni energy banyak. Aku tengok anak buah aku pun dok mainnn je seharian, malam baru tidur.
Semua budak pun macam ni, tinggal parents mampu dengan tak je nak bagi aktiviti yg berkualiti.
Quote kucingitam 13-12-2021 04:59 PM
penat2 juga...apsal dok depan takde carseat ni..tali pinggang pun tak pakai..ke bagi tido kejap kat situ? kenapa tak rehat kat seat belakang?  ke seat belakang ada car seat utk baby..ish [jg betul soalan aku
Quote prettyuglybabe 13-12-2021 05:02 PM
suruh anak macam tu macam ni tapi kau safety anak pun tak kisah..
tak boleh ke suruh dorang duduk dalam kereta properly..
pakai seat belt or child seat untuk safety..
Quote hanibee 13-12-2021 05:16 PM
budak2 tu baru 4 tahun.. klu sekolah rendah, aku boleh faham lg.. ntah sukeatilah, anak ko kan.. aku tak sampai hati kerah budak 4 tahun.. setahu aku 4 tahun masih di usia bermain
Quote arianakhalid 13-12-2021 05:42 PM
Tak ada apa la. Ok la sheikh muzafar tu.
Yang bising2 ni mesti mak bapak yang jamu anak mcm tuan besar dalam rumah. Anak di suap dgn gadget. Sampai ke meja makan pun anak mengadap gadjet. Berlemak sungguuh
Quote nariz 13-12-2021 06:20 PM
Ok je sbb kids ni banyak energy. Kita je yg dah kertu rasa penat
Quote dagusengett 13-12-2021 06:31 PM
cmf_premierleag replied at 13-12-2021 03:29 PM
gitule nak sangatttt kan jd bapak2 terpaling bagus ni kan sbb nk pujian dr netizen
lps dpt kecaman,. ...

yelahh kann...senang org amik dia jadi duta product2 parenting nih

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162395 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top