CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama 'Tinggal' Ubat Penenang Bawa Tragedi Berdarah

6-12-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1899| Komen: 3

Description: Lelaki maut selepas diserang anak kandungnya yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Sepang pada Rabu.
Lelaki maut selepas diserang anak kandungnya yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Sepang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa berumur 73 tahun dipukul dan dicederakan suspek berusia 48 tahun menggunakan pisau pemotong kek.


Gambar hiasan

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan sudah lama tidak mengambil ubat penenang dibekalkan pihak klinik psikiatrik Hospital Banting.

"Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah," katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Cyberjaya di sini pada Isnin.


Beliau berkata, mangsa cedera di muka, dada dan kedua-dua belah tangan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," ujarnya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) sudah diberkas dan direman untuk siasatan lanjut.

"Semakan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-12-2021 07:03 PM
Bahaya tinggal dengan orang sakit mental
Quote Decaffeinated 6-12-2021 07:49 PM
nanti adalah acik forum tak puas ati dgn OKU

Quote Nenolen 6-12-2021 07:52 PM
Innalillah...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042153 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top