CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Tahun Hidup Bersama, Yasmin Hani Sah Bercerai

3-12-2021 08:54 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4083| Komen: 21|Original author: Oleh: Saiful

Description: Sepuluh tahun bersama, Yasmin Hani bercerai dengan suaminya, Sha'arin Mohamed Razali.
Sepuluh tahun bersama, Yasmin Hani bercerai dengan suaminya, Sha'arin Mohamed Razali.

Foto: IG

"Sha'arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama.

"Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,"tulisnya melalui Instagram.



Yasmin meminta agar semua pihak memberi ruang kepada mereka demi menjaga kesejahteraan keluarga dan anak-anak.

"Kami harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas ingatan yang baik dan doa anda.



Yasmin juga berjanji  akan meletakkan kepentingan anak-anak sebagai keutamaan walaupun sudah berpisah.

"Walaupun kami memilih untuk berpisah secara sedar, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang penyayang dan dalam beberapa cara kami kini lebih rapat berbanding sebelum ini.




"Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa, kami adalah ibu bapa dan kami mohon ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan suasana positivity. Alhamdulillah we are fine and moving forward."

Yasmin dan Sha'arin  berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote twins 10-12-2021 12:19 PM
sekiranya nya perpisahan tu jln terbaik.. tak per lah... yg penting berpisah secara baik tanpa abaikan anak-anak.
apa yg selalu jd bercerai bergaduh sakan kemudian siapa yg dpt hak penjagaan akan halang anak2 dr jumpa pihak satu lagi...
tp kalau dr apa yg YH ni tulis... insyaallah.. kalau kasih sayang elok terjaga.. anak2 akan membesar cukup kasih sayang....
dan memang ada sesetengah pasangan lebih mesra sbg kawan daripada sbg spouse.....
Quote coco 7-12-2021 03:28 PM
ni set set melayu2 urban......
Quote KamikuP 6-12-2021 09:10 AM
- Ida Nerina tersenyum simpul -
Quote rikuren 6-12-2021 08:05 AM
Suchi: Rasanya mcm baru lg nampak dorang g kontan time tu sblm kena pkp yg last baru ni  Kalau tgk life dorang mcm serasi je mcm sama2 minat aktiviti yg sama ...
citer tak abis
Quote Normabaru 5-12-2021 03:27 PM
Abg 3kali kawen cerai yg adik xkawen2 pulak. Huhu
Quote makneng 5-12-2021 08:49 AM
Bagus golongan retis2 yg acik2 kepam porem gelar Liberal ni.. Depa kawen n cerai pun bg tau seantero malaya. Unlike retis2 yg acah2 alim kemain lg nak sorok2 bab kawen cerai.  
Quote giyomi 4-12-2021 02:28 PM
ok takziah...dlm kesempatan ni , akak nak gak cakap, who r yusss. sori akak mmg tak kenal
Quote puan_rohayu 4-12-2021 02:04 PM
PKP ni samada menambah anak atau bercerai kekdahnya bila dah terkurung sama2 masing2 baru tau ngam ke tak,blh teruskan tak hadap perangai masing2..Apapun kebajikan  anak2 jgn di abaikan walaupun masing2 bawa haluan sendiri.
Quote BungaTepiMeja 4-12-2021 12:23 PM
bondeh: Dah lama perasan rasanya since lepas raya haritu lagi, senang detect sebab masing hashtag letak nama anak2 je, sebelum nih #shahrinoahani
wow hebat sis sampai tu boleh perasan hihi
Quote sue_liah 4-12-2021 12:14 PM
dapat bini tua tak serasi, berbini muda gitu juga
Quote Suchi 4-12-2021 10:43 AM
Rasanya mcm baru lg nampak dorang g kontan time tu sblm kena pkp yg last baru ni
Kalau tgk life dorang mcm serasi je mcm sama2 minat aktiviti yg sama.
Tp tulaa apa yg kita nampak kat socmed tak sama dgn life yg sebenar.
Tadi baru je baca kes bunuh isteri kat indonesia tu, kat socmed selalu post gambar sweet.
Nampak mcm pasangan yg serasi je,hakikatnya sejak awal kawen asik bergaduh.
Kesudahan berakhir dgn kematian isteri yg tragis di tangan suami sendri.
Katanya sbb dh taktahan bini suka memint ...
Quote m2506 4-12-2021 09:56 AM
emmm.. semoga bahagia dgn kehidupan masing2
Quote underground 4-12-2021 09:15 AM
ku tunggu jandamu kekdahnya
Quote shahreen 4-12-2021 07:23 AM
Stay strong hani. Life must go on  
Quote bondeh 4-12-2021 12:13 AM
Dah lama perasan rasanya since lepas raya haritu lagi, senang detect sebab masing hashtag letak nama anak2 je, sebelum nih #shahrinoahani
Quote akies 3-12-2021 11:47 PM
Teringat tgk satu video laki bini training lari dan berbasikal..dua2 suka aktiviti sukan.
Alih2 takde jodoh pula ye. Huhu
Quote matbad 3-12-2021 11:38 PM
wachaaa. ingt lagi tema dia ni
Quote OyaTonggek 3-12-2021 10:51 PM
ermm alahai..ramai yg dh tua2 cerai..tumpang sedih
Quote naina 3-12-2021 10:33 PM
Selalu tengok cerita pasal dorang masa baru2 dapat anak. Tajuk apa tah lupa. Kat Astro tu. Nampak sesuai. Urban sama2. Muka pan Asian. Pernah rasa untungnya serasi bersama sporting je. Dan sekarang bercerai pula. Salam takziah. Semoga lebih bahagia hendaknya
Quote Thunderclouds 3-12-2021 09:42 PM
Takziah. Takat situ je jodoh nk wat mcm mne.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035221 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top