CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dulu Ada Yang Cakap Karya Inggeris Saya Tiada Siapa Nak Dengar"-Yuna

3-12-2021 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6020| Komen: 70

Description: Yuna, 35, bersyukur tidak pernah mengalah dan bangga karya Inggeris yang dihasilkan mendapat lebih 50 juta penstriman dari 177 negara berbeza di Spotify sepanjang tahun ini.
Yuna, 35, bersyukur tidak pernah mengalah dan bangga karya Inggeris yang dihasilkan mendapat lebih 50 juta penstriman dari 177 negara berbeza di Spotify sepanjang tahun ini.


Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai berkata hasil kerja-keras berkelana di Los Angeles, Amerika Syarikat, selama ini cukup berbaloi meskipun impiannya itu pernah cuba diperlekeh di Malaysia sebelum ini.


Foto: IG


"Bayangkan kena beritahu tiada siapa akan dengar lagu Inggeris saya oleh seorang eksekutif syarikat rakaman di Malaysia sewaktu saya berusia 21 tahun dulu. 

"Dan sekarang saya meraih penstriman 50 juta dalam setahun di 177 negara. Sejujurnya saya cuma inginkan muzik saya didengari. Jangan pernah berhenti jadikan impian kamu kenyataan," katanya.



Penyanyi Crush yang berduet dengan Usher itu juga memaklumkan dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjayanya dan setiap sokongan diberikan amat berharga.

"Sekadar peringatan mesra, gadis kamu ini kini bergerak sendiri. Ia bermakna, kalau strim muzik baharu saya, secara langsung kamu menyokong karier saya.




"Saya sayang kamu semua. Muzik baharu akan datang," katanya.

Semalam, Spotify mengumumkan rekod penstriman secara keseluruhan diperoleh setiap artis untuk tahun ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 3-12-2021 05:00 PM
35 dah eh umo si yuna ni
Quote supermum 3-12-2021 05:10 PM
Aku suka lagu bm dia. Lagu bi dia common sangat. Maybe terlalu ikut rentak or advice exec sana.
Quote fadz84 3-12-2021 05:55 PM
supermum replied at 3-12-2021 05:10 PM
Aku suka lagu bm dia. Lagu bi dia common sangat. Maybe terlalu ikut rentak or advice exec sana.

Blh jd jugak tu.. suka lagu2 BI dia dlm album yg terbit kat Malaysia.. lagu Deeper Conversation, Decorate best..
Quote fizamn 3-12-2021 06:55 PM
Lagu dia bukan market org malaysia kebanyakkan..go where ur music is loved...
Quote chazey 3-12-2021 07:25 PM
Iya, akak pun tasangka ko berjaya Yuna. Ingat lagik kot imej gadis kampung bertudung bawal nyanyi2 di konsert UiTM lebih 12 tahun dulu.
Quote dudaberhias 3-12-2021 07:36 PM
walaupun tak cukup popular lagi di negara luar tapi iols suka je lagu maid afrika ni...
teringin nak dengar lagu2 dia macam style indie dulu2 macam dan sebenarnya...
sampai ke harini best betul lagu tu di dengari sesambil hirup kucate dan potong2 kambing perap sebelum sesi kambus mengambus...
Quote Cik_jantung 3-12-2021 07:39 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 04:35 PM

...........
Quote lattehazelnut 3-12-2021 07:45 PM
Tahniah.. tp kne hire bab pr kot.. your insta xsampai 1 juta follower..
Quote Acikgomen 3-12-2021 07:58 PM
Go yuna go acik bangga dgn chuols
Budak subang Jaya jalan kepak2 ada gaya agitewwwww
Quote Acikgomen 3-12-2021 07:59 PM
lattehazelnut replied at 3-12-2021 07:45 PM
Tahniah.. tp kne hire bab pr kot.. your insta xsampai 1 juta follower..

Tolower IG tak sampai sejuta tapi lagu dia streaming kat Spotify lebih 50juta kali kauuuuuu
Agitewwwww acik bekap
Quote merrissa 3-12-2021 08:05 PM
ok je suara dia...dari dulu lg mmg sedap je...

sapo la komen gitu...

tgk hael pon...kene kutuk paul

tp tgk dia dh berjaya pon
Quote oggy 3-12-2021 08:22 PM
fadz84 replied at 3-12-2021 05:55 PM
Blh jd jugak tu.. suka lagu2 BI dia dlm album yg terbit kat Malaysia.. lagu Deeper Conversation, D ...

Ya lagu2 BI yg album Malaysia dulu2 aku suka..
Lagu Decorate, Memo tu dok laa ulang2..
Yg international market punya tak masuk dengan citarasa aku.. tapi takpelah nampak gaya dengan lagu2 tu dia mencipta nama di sana..
Quote MissVixen 3-12-2021 08:29 PM
Yuna buat la satu dua lagu macam versi zaman uitm dulu. Sedap juga. Yang lagu2 baru ni, tak melekat irama dia dalam otak.
Quote cicicumel 3-12-2021 08:30 PM
So brp spotify bayar dia utk 50 juta streaming tu
Quote addamnor 3-12-2021 08:52 PM
cicicumel replied at 3-12-2021 08:30 PM
So brp spotify bayar dia utk 50 juta streaming tu

Kalau lah busuk2 spotify bayar 10 cent USD utk setiap stream, USD 5mil sheols dapat dari platform spotify. Ke tinggi sangat bayaran tu?
Quote imanjannah 3-12-2021 09:04 PM
oh bulan.. tetap suka lagu ni
Quote lattehazelnut 3-12-2021 09:19 PM
Acikgomen replied at 3-12-2021 07:59 PM
Tolower IG tak sampai sejuta tapi lagu dia streaming kat Spotify lebih 50juta kali kauuuuuu
Agitew ...

Xkutuk.. pendapat i je.. tak nafikan bakat dia..
cuma balik2 artis jemputan etc sume bbnu xde bakat.. just bcos byk follower kat insta..
Quote eLiaD 3-12-2021 09:36 PM
Edited by eLiaD at 3-12-2021 09:50 PM

fun facts:
Spotify pays less than a cent: about $0.003 to $0.0084 per stream, with an average payout of $0.004 per stream. How much you will earn depends on many factors
Sportify wat retis jd kaya?
takk??
seydehhh!
RiP

Quote Begbiru 3-12-2021 09:58 PM
sometimes kena kuar comfort zone utk berjaya. esp kalau comfort zone tu dah nak jadi murder scene utk career...

Alhamdulillah Yuna makin success. percaya pada diri sendiri. i salute u dik!

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.249441 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top