CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Biasa Nyanyi Lagu-Lagu Leman, Siti Nordiana Bagi Amaran

2-12-2021 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3964| Komen: 25|Original author: Oleh: Saiful

Description: Siti Nordiana berkolaborasi dengan Bunga Isme dalam lagu terbaharu berjudul, Amaran.
Siti Nordiana berkolaborasi dengan Bunga Isme dalam lagu terbaharu berjudul, Amaran.

Kata Nana dia suka Bunga Isme menyampaikan lagu rap dan kerjasama itu adalah satu peluang keemasan.



Foto: IG

"Kami merakamkan lagu ini di sebuah studio di Damansara sekitar September lalu. Saya secara peribadi suka cara dia rapping.... dalam cute buat rap, dia ada sisi ketegasan dan kelembutan.

"Suara saya dan dia juga boleh serasi dan blend. Bagi saya Bunga kreatif dan berbakat besar.

"Apa yang boleh saya kata cara rap Bunga dalam lagu ini juga sangat bertenaga dan power," katanya seperti dipetik di mStar Online.






Tambahnya, "Saya menyanyi lagu berentak sebegitu kerana nak cuba sesuatu yang baru. Selama ini lagu saya banyak dan terarah ke genre pop dan balada. Jadi kenapa tidak cuba lagu berentak fast track.

"Dalam lagu ini, hanya Bunga saja rap. Saya tidak. Apa yang boleh saya katakan lagu ini jenis yang senang diingat atau catchy. Ia lagu sing along.

"Secara tidak langsung, lagu genre sebegini boleh tarik kelompok peminat baru untuk kenal saya."




Mengenai lirik pula, Nana kata ia merupakan nasihat orang yang terlebih dahulu melalui alam percintaan.

"Ia nasihat atau amaran daripada yang berpengalaman memberi peringatan kepada orang yang baru merasai dunia cinta.

"Ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NEmma 2-12-2021 10:46 AM
Dah dengar, tapi sorry, tetap kedengaran leman nye..karakter suara nana memang leman.. X boleh ubah dah.
Quote Mawar91 2-12-2021 11:18 AM
Best lagu ni.Tahniah mader.Abaikan haters .
Quote beta_carotene 2-12-2021 11:26 AM
Suara leman nana sesuai dgn lagu ni. Very fresh I like gituh.
Quote mizruncing 2-12-2021 11:42 AM
tak dengar lagi. harap sedap di telingaku sbb asyik laa lagu meratap pilu selama ni
Quote hyie 2-12-2021 12:47 PM
haah suara sheols kedengaran sedikit janggal bila bawak lagu rentak urban. Tapi lenggok2 dia sedap dan smooth. Mungkin boleh cuba guna chest voice untuk kedengaran lain.
Quote dudaberhias 2-12-2021 12:59 PM
macam best je lagu dia... iols ada dengar dekat youtube part nana nyanyi... tapi si bunga isme tu perlu ke... entah kenapa sibuk nak naikkan si bunga tu... rhoper jowo teemor jah...

btw konsep MV ni confirm la sehauk ctdk tu... tak tengok lagi pun dah tahu...

Quote beta_carotene 2-12-2021 01:03 PM
dudaberhias replied at 2-12-2021 11:59 AM
macam best je lagu dia... iols ada dengar dekat youtube part nana nyanyi... tapi si bunga isme tu pe ...

Part chorus tu letop kaka dude.
Ada vibe2 kpork gtewh..

Meols setuju part bunga tu perlu ke.. Sheols rap Biasa2 jahhhh
Quote pinksarah 2-12-2021 01:05 PM
suara leman tu suara mcm mana?
Quote Kurex 2-12-2021 01:32 PM
Lagu ok la... Sebab lagu sekarang ni bertahan sebulan lepas tu orang lupa dah sebab tak memberi impak. Tapi apa keperluan budak hingusan bunge tu?
Quote kiah_mai_pulak 2-12-2021 01:35 PM
sedappp lagu.. something fresh from siti nana… leman tu identiti siti nana..
Quote kiah_mai_pulak 2-12-2021 01:36 PM
pinksarah replied at 2-12-2021 01:05 PM
suara leman tu suara mcm mana?

lagu mendayu2 lah kot. meleweh2 mcm tu.. tokram yg bg title leman kat siti nana
Quote Siput_Sawah 2-12-2021 02:45 PM
Edited by Siput_Sawah at 2-12-2021 02:46 PM

aku dah dengar lagu ni n aku rasa lagu ni ok utk didengar n fresh muzik utk nana. Congrat nana n pedulik kan haters yg sana rancak sini rancak dok hencap #berdosa !!
Quote tintin22 2-12-2021 02:49 PM
sedap suara nana
Quote awenda507 3-12-2021 11:30 AM
baru skli dengar dah tak rase nak dgr lg padahal aku minat lagu2 nana. kena dgr byk2 kali kot baru ngam agaknya
Quote Mawar91 3-12-2021 11:37 AM
awenda507 replied at 3-12-2021 11:30 AM
baru skli dengar dah tak rase nak dgr lg padahal aku minat lagu2 nana. kena dgr byk2 kali kot baru n ...

Meols pon Cam chouls mule2 denga pertama kali.Rase mcm pelik & canggung sket.Sebb selalu kan lagu Nana meleweh.Lepas tu denga lagi & then meols terus addicted nak dengar lagi.
Quote ell2026 3-12-2021 11:45 AM
pasai apa tak suka kat bunga tu? pasal tak jelita sgt..tak seksi gitu ke? senangnya tak suka kat org...lagu dgn noraniza idris tu not bad jugakla..lagu ni pun ok je..i senang terhibur
Quote Lelli 3-12-2021 05:59 PM
Sedap sangat..
Irama Malaysia mix Kpop..EDM

Dah dngr version live tadi..Best Ct Nana bawak..Bunga pn not bad.
Quote lattehazelnut 3-12-2021 07:40 PM
Boleh la.. tp part amaran tu nyanyi biasa lg ok kot.. xyah mendayu sgt..
Quote woven11 3-12-2021 08:25 PM
Leman identiti ct nana… sedap lagu ni mcm kpop… Something fresh kalau tak asik meleweh je.. Bunga rap smooth. Ingat Amaran utk geng solo…

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.294029 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top