CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Annuar Musa Mohon Penggiat Seni Berhenti Bercakaran Di Media Sosial

2-12-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1662| Komen: 8

Description: Ketepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.
Ketepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.

Itulah permintaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang berharap sebarang pencanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni tanpa perbalahan.


Menurut Annuar, perbincangan bersama ini seiring dengan misi kerajaan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.


Foto: mStar Online

"Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Jika ada idea bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang.


"Tidak perlu masuk media sosial... orang menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.

"Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak kena kurangkan konflik. Buat apa cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.

"Jadi saya harap semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya ni macam atok mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita, tak perlu timbulkan polemik yang tidak baik," katanya kepada mStar.

Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim dan Presiden Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Menyedari ada segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival besar begini, Annuar berkata mereka sepatutnya memberi sokongan sepenuhnya.

Ini kerana program anugerah yang dianjurkan bertujuan meraikan anak seni dan kru filem.


Foto: mStar Online

"Saya faham dalam situasi pandemik sekarang, mungkin ada antara mereka yang terlepas pandang memandangkan sudah dibenarkan kembali bekerja.

"Bagaimanapun kalau kita lihat segala publisiti yang dihebahkan di media cukup meluas jadi mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.

"Wartawan telah memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” ujarnya.

FFM31 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.

FFM31 mempertaruhkan 55 buah filem dan Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 2-12-2021 01:09 PM
taktau nak komen apa...
so iols masuk untuk beliak2 bijik mata dan jeling2
Quote Kurex 2-12-2021 01:26 PM
Ya Allah.. ni bukan gosip la repot oiiii. Sesuai letak dekat bod fokus. Best ke bagi anak bini mak bapak guna hasil gaji yg asal boleh tu?
Quote MarryPottet 2-12-2021 11:31 PM
Ayah Anzel kan yg duduk sebelah nuo muso tu?
Memang kulit muka dia macam tu atau terlebih foundation?

Btw, ts nuo muso,
Mohon jugak ahli dewan rakyat berhenti bercakaran in August House
Quote sharlenetexas 2-12-2021 11:33 PM
Nmpk handsome pulak bapak anzalna.

Quote timah03 3-12-2021 12:03 AM
Ingat setakat camtu... Orang nak dengar?
Selagi tak kena saman... Selagi tu orang langgar je....
Lagi satu, tukar Menteri ni buat apa??
Siapa yg control social media semua tu??
Kemain lagi skrg budak2 tiktok btudung tapi goyang2 te**k....
Pondan yg make up artist pun open mgaku pondan....
Quote mendeluk 12-12-2021 02:07 PM
sharlenetexas replied at 2-12-2021 11:33 PM
Nmpk handsome pulak bapak anzalna.

Ayah anzel mmg hensem, in that age. Mak dia mcm tak. Dats why adik bradik anzel muka biasa2.
Quote mojarean_X 12-12-2021 05:44 PM
Sape yg bergaduh psl festival filem sendu tu? Promosi pun x de
Quote eely_shana 12-12-2021 07:18 PM
Betul. jgn berbalah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054698 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top