CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Rai Majlis Bertandang, Pengantin Baharu Maut Kemalangan

30-11-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2421| Komen: 15

Description: Pasir Mas: Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam sebuah kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4 ...
Pasir Mas: Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam sebuah kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4.45 petang semalam.


Kemalangan berkenaan meragut nyawa Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, luka ringan di kepala.

Adik mangsa, Wan Ahmad Aizat Wan Abd Razak, 23, berkata, pada awalnya, dia menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan dengan keadaan abangnya yang masih tidak diketahui.


Foto: Harian Metro

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM), dia terkedu kerana dikhabarkan abangnya sudah meninggal dunia, namun terus menguatkan semangat untuk sampai ke sana.

"Kali terakhir kami berjumpa ketika sarapan pagi bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam), memandangkan saya merancang untuk pulang Tanjung Malim, Perak, tempat saya bekerja pada sebelah petang.

"Kami berdua sangat akrab malah boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinannya, untuk berkongsi persiapan dan keterujaan dia mendapat isteri memandangkan saya sudah berkahwin beberapa bulan lebih awal daripada abang," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HPM, malam tadi.

Wan Ahmad Aizat dalam keadaan sebak mengakui, abangnya itu seorang anak yang sangat taat pada ibu mereka selain disenangi rakan-rakan kerana keramahannya selain suka membantu kenalan yang dalam kesusahan.

"Pemergiannya benar-benar memberi kesan buat kami sekeluarga, apatah lagi hanya beberapa hari dia membina 'masjid' bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, kami reda dan akan terus menguatkan semangat kerana isterinya juga perlukan sokongan kami sekeluarga untuk terus kuat.

"Insya-Allah sebaik selesai semua urusan di hospital, jenazah abang akan segera dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di Kota Bharu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.

"Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.

"Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM, manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 30-11-2021 11:54 AM
myvi...


Quote supernaturalee 30-11-2021 12:01 PM
ganti tikar


Quote Thunderclouds 30-11-2021 12:16 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun. Takziah.
Quote 3chanceno 30-11-2021 12:20 PM
Innallilah..takziah buat keluarga
Quote chinta89 30-11-2021 12:22 PM
takziah. kesiannya la baru sgt nikah.
Quote msel 30-11-2021 01:11 PM
Kebanyakan myvi bawak kereta macam pelesit tak kisah lah jalan tu mcm mana. Tempat selekoh xnmpk depan pun memotong jugak.

Hati2 lah bawak kereta semua, tak kena dekat kita sendiri, kena tempias dekat orang2 lain. Laju2 nak kemana.. musim hujan plak.

Takziah untuk yang terlibat.
Quote Jitu 30-11-2021 02:33 PM
Innalillah...
takziah
Quote jazaa100 30-11-2021 02:41 PM
supernaturalee replied at 30-11-2021 12:01 PM
ganti tikar

Nak ganti tukar APA ke nya......
Adik dia dah kawin....
Quote imanjannah 30-11-2021 03:46 PM
innalilahwainnalillhirojiun
Quote Shazid 30-11-2021 04:03 PM
Inalillawainalillahirojiun...Al-fatihah
Quote Skuau 30-11-2021 04:32 PM
sedihnya... teringat lagu ni....
I lifted her head,she looked at me and said
"hold me darling,just a little while"
I held her close,I kissed her our last kiss
I found the love,that i knew i had missed
And now she's gone,even though i hold her tight
I lost my love,my life that night

Quote sekngucing 30-11-2021 05:31 PM
Bawa laju...kelantan jalan kecil saja...tepi jalan rumah2 dan kedai..org selalu masuk tak.tgok.kereta datang
Quote Minami2013 30-11-2021 05:36 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. moga isteri dan keluarga arwah tabah dgn ujian ini.
Quote matbad 30-11-2021 05:51 PM
Skuau: sedihnya... teringat lagu ni.. ...

sedih siot lgu ni
Quote TeropongThaico 30-11-2021 06:43 PM
Innalillahiwainailahirojiun....
Moga diberi ketabahan buat si isteri & keluarga

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062066 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top