CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malu Anak Autisme Buang Air Besar Merata-Rata- Ibu Ayah Tendang Kemaluan, Pukul Sampai Mati

29-11-2021 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2413| Komen: 10

Description: Musi Banyuasin: Seorang kanak-kanak autisme maut selepas didakwa didera oleh ibu bapanya dalam satu kejadian, di sini baru-baru ini.
Musi Banyuasin: Seorang kanak-kanak autisme maut selepas didakwa didera oleh ibu bapanya dalam satu kejadian, di sini baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu didakwa sering dipukul bertubi-tubi oleh ibu bapanya kerana kerap membuang air di merata tempat.

Keaadan itu mencetuskan rasa malu pada ibu bapanya terhadap jiran mereka.


Foto: Agensi

Menurut jurucakap polis Musi Banyuasin, pada hari kejadian, kanak-kanak istimewa itu dikatakan membuang air besar menyebabkan ibu bapanya ‘naik hantu’ lalu memukulnya dengan paip getah.


“Bapa mangsa turut menendang alat kelamin anaknya sebanyak beberapa kali, manakala ibunya pula memukul kepala kanak-kanak itu menggunakan gayung sehingga dia pengsan.

“Pasangan suami isteri itu hanya membiarkan anak mereka pengsan dan kanak-kanak itu hanya dibawa ke hospital oleh jiran yang mengetahui kejadian tersebut,” jelas jurucakap polis.

Selepas tiba di hospital, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati banyak kesan lebam serta luka pada tubuh mangsa.

Hospital melaporkan perkara itu kepada polis dan kedua ibu bapa mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ibu bapa mangsa mengaku memukul anak mereka dan tidak menyangka ia berakhir dengan kematian. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-11-2021 11:18 AM
Ya Allah sedihnya baca pengakhiran adik ni.  Memang la geram anak2 special ni kadang2 tapi sampai tendang kemaluan ketuk kepala sampai mati budak tu lepas tu boleh kata tak sangka boleh mati.  Mesti anak ni dah la kesakitan yg amat lepas tu non verbal tak tau nak bgtau.  Syukur ada jiran perihatin.

Tolonglah bagi mati kedua ekor mak bapak tak guna ni.
Quote Skuau 29-11-2021 11:46 AM
kpd orng 'sihat' yg parking kat tempat oku...yg rasa x bersalah...anda 'bernasib baik'.Ada yg benar2 oku...telah diperlakukan...dgn 'cara yg tidak sepatutnya'.
Quote Artemesiaa 29-11-2021 12:09 PM
Ikut rasa binasa hadap ler hukuman yang diberikan
Quote Decaffeinated 29-11-2021 02:12 PM
Ramai lagi orang tak aware masalah autism ni. Pasangan ni ternyata kalah dgn ujian.

sedangkan kucing pun kalau berak merata dah kena racun.

Quote tipah89 29-11-2021 04:28 PM
kesiannya budak tu austism kot, nk expect dia pikir normal ke mcm orang lain ke?? bodo bertiang2 pak mak eh. n badan penuh lebam2 memang mak pak tau sedap je bila dibagi amanah n ujian jadikla gini hilang pedoman.
Quote Kurex 29-11-2021 04:40 PM
Kerat kote parasit dunia & jirus air panas mendidih atas cikpet hanyir persis ikan masin berulat betina berkerak ni
Quote akudiadanbeliau 30-11-2021 10:04 AM
Jenis pikir lepas beban sendiri..anak tuh darah daging sendiri Tp gamak lepas amarah malu apa semua ke anak autism..anak sekarang bahagia di taman syurga, dan ko terimalah hukuman bukan sahaja didunia bahkan diakhirat
Quote nononcrux 30-11-2021 11:48 AM
eh bangang la, tahu buat ank jaga tak reti ke setan betul muka masing-masing..
Quote epal_putih 30-11-2021 11:50 AM
sayangkan
Allah nak bagi tiket ke syurga tapi disia-siakan
moga kita semua dirahmati
Quote stingerbasics 30-11-2021 11:52 AM
Edited by stingerbasics at 30-11-2021 11:54 AM

semoga jadi iktibar buat kim.k, greentea dan kj

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059717 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top