CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Perabot, Roboh Bumbung Rumah Ibu Demi Beli Hadiah Untuk Kekasih

29-11-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1262| Komen: 1

Description: Jakarta – Gara-gara ingin membeli hadiah kepada kekasih, seorang lelaki tergamak menjual perabot dan merobohkan bumbung rumah ibunya sehingga akhirnya dia diserahkan kepada polis oleh wanita berkenaa ...
Jakarta – Gara-gara ingin membeli hadiah kepada kekasih, seorang lelaki tergamak menjual perabot dan merobohkan bumbung rumah ibunya sehingga akhirnya dia diserahkan kepada polis oleh wanita berkenaan, lapor laman berita Merdeka.com.


Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membelikan hadiah kepada kekasihnya.

Malah, ketika disoal siasat oleh pihak polis, dia tidak lupa untuk mengingatkan kekasihnya agar menjaga kesihatan dan pemakanan.


Foto: Merdeka.com

Menurut Ketua Polis Bantul, Asisten Komisioner Ihsan, lelaki itu mula menjual perabot ketika ibunya tiada di rumah memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di rumah itu.


“Sehingga kini, hasil jualan perabot itu sudah mencecah 30 juta rupiah (RM8,822).

“Perabot di dalam rumah itu telah habis dijual. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, ibu suspek kemudian melaporkannya kepada pihak polis,” kata Ihsan.

Hasil wang tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli hadiah seperti makanan, beg tangan dan baju untuk kekasihnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 29-11-2021 09:52 AM
Kasihan acik dapat anak biawak.... Gf pun masih mahu Bf biawak...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048401 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top