CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penternak Berang, 63 Ekor Ayam Mati Terkejut Dengar Muzik Kuat Kenduri Jiran

29-11-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1626| Komen: 8

Description: Sebagaimana yang ramai sedia maklum, majlis perkahwinan di India tidak lengkap tanpa muzik dan tarian.
Sebagaimana yang ramai sedia maklum, majlis perkahwinan di India tidak lengkap tanpa muzik dan tarian.

Walaupun muzik yang rancak dan kuat membuatkan para tetamu terhibur, namun ia dalam masa yang sama menjadi gangguan kepada pihak lain.


Dalam satu insiden yang jarang-jarang berlaku, seorang penternak mendakwa 63 daripada ayamnya mati akibat muzik yang kuat dimainkan semasa majlis perkahwinan jirannya.

Insiden itu dilaporkan di daerah Balasore Odisha, di mana pemilik ladang ayam, Ranjit Parida mendakwa lebih 60 ekor ayam di ladangnya mati akibat serangan jantung, berpunca daripada muzik kuat yang dipasang sewaktu majlis perkahwinan berlangsung di kampungnya.


Gambar Hiasan


Malah majlis tersebut juga 'diserikan' dengan letupan kuat mercun.

Parida malah mendapatkan pandangan doktor haiwan tempatan, dan dia berkata bunyi yang kuat itu telah menyebabkan ayam-ayam berkenaan terkejut.

Penternak tersebut kemudian meminta pampasan daripada jirannya.

Bagaimanapun, jirannya enggan berbuat demikian dan menyifatkan dakwaannya tidak berasas.

Parida kini telah membuat laporan di balai polis dan perkara itu sedang disiasat. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 29-11-2021 08:57 AM
hahaha...lawak hari Isnin pagi
Quote ninja9 29-11-2021 09:09 AM
Parida, 22, an engineering graduate who in 2019 borrowed ₹200,000 from a local cooperative to start his farm said he tried to revive the chickens after they collapsed. (
Quote sukacactus 29-11-2021 09:13 AM
Tp ayam mmg boleh mati terkejut pun kan
Kalau terkejut bunyi guruh pun boleh kiok
Quote mclaren 29-11-2021 09:14 AM
lawak nya


Even bunyi guruh yang sampai kadang gegar sikit rumah pun tak mati ayam2. Mengarut betul ha ha ha
Dia kot yang bagi accidentally contaminated foodstock tu yang mati
Quote Dwdrum 29-11-2021 09:27 AM
Air embolism.... Aku dahulu memang pakai earplug/noise cancelling main orchestra... Mild effect hearing akan decline secara perlahan....
Quote chinta89 29-11-2021 09:31 AM
btl ke ayam terkejut mengejut sgt2 ni blh mati?
Quote Kuasaberganda 29-11-2021 10:24 AM
Lepas ni kalo ada angan angan nak buat chicken farming, reban ayam haruslah sound proof.
Quote violetungu 29-11-2021 10:49 AM
macam2..tapi mmg btl pun,aku penah bela ayam,malam sebelum tu guruh kilat xberhenti,esok tu byk ayam yg mati.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.112007 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top