CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Cepat Pertama Di Indonesia Bakal Beroperasi Akhir 2022, Mampu Tahan Apa Sahaja Bencana Alam

26-11-2021 04:06 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3464| Komen: 28

Description: JAKARTA - Jika di Malaysia baru sahaja selesai menyerahkan kajian cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) domestik KL-Iskandar Puteri kepada Kabinet Oktober lalu, negara jiran kita Indones ...




JAKARTA - Jika di Malaysia baru sahaja selesai menyerahkan kajian cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) domestik KL-Iskandar Puteri kepada Kabinet Oktober lalu, negara jiran kita Indonesia pula memperlihatkan kereta api laju (Kereta Cepat Jakarta-Bandung/KCJB) pertama mereka kepada dunia dalam satu acara April lalu.

Pihak KCJB mengumumkan kereta cepat mereka itu mampu membawa penumpang dari Jakarta ke Bandung dalam tempoh hanya 40 minit sahaja. Ianya sangat cepat dan menjimatkan lebih banyak masa jika dibandingkan dengan kereta api biasa yang mengambil masa hingga 3 jam lebih.



Kereta Cepat Indonesia ini masih belum beroperasi dan mensasarkan akhir tahun 2022 untuk ia mula dibuka sepenuhnya. Jadi untuk memastikan semuanya selamat, pihak KCJB mendakwa tahap keselamatan kereta cepat Indonesia ini dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan di tahap paling tinggi.

KCJB dikatakan akan beroperasi pada kelajuan 350km/j dengan dilengkapi sistem perlindungan yang canggih seperti mampu menghadapi ancaman angin kencang, hujan lebat, objek asing, petir mahupun gempa bumi.  


Perkara ini disahkan sendiri oleh presiden Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Dwiyana Slamet Riyadi di mana sepanjang laluan KCJB diletakkan alat pengesan ancaman bencana. Terminal Pemantauan Bencana juga dibina bagi memantau keadaan di Tegalluar.

KCJB turut dilengkapi 17 sensor bagi mengukur kelajuan dan arah angin turut dipasang bagi mengesan ancaman angin kencang. Untuk mengesan hujan lebat pula, 8 sensor dipasang pada setiap 20km dan data kepadatan hujan akan dihantar setiap 10 minit selama 24 jam.




Difahamkan, KCJB yang dibangunkan dengan kerjasama Indonesia dan perusahaan kereta api China, Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC)  akan menggunakan generasi terbaru CR400AF dengan panjang landasan mencapai 142,3 km yang terbentang dari Jakarta Hingga Bandung. 

Harga tiket pula dianggarkan Rp 230 ribu atau sekitar RM70 mengikut kelas VIP, Kelas 1 dan 2. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-11-2021 04:12 PM
mangkuk betul buka berita friska kt thread
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 04:26 PM
syabas indonesia
sementara itu kat msia pi kensel HSR and kene byr RM 320 juta kat spore
Quote tripleid 26-11-2021 04:35 PM
tahniah indon..

pasni acik2 kepam porem dah takleh nak ngutuk indon dgn friska dah la
Quote Skuau 26-11-2021 04:50 PM
adakah gue harus balik ke negara gue..atau enak banget gue tinggal di melesia???-PATI Indon
Quote Lagubestbest 26-11-2021 06:45 PM
ni belum buka kalimantan lagi ni, siap airport, HQ gomen semua, memang kebanggaan friska la nanti.
Quote Ayda89 26-11-2021 07:19 PM
Wow bongkaknya. Ko jangan nanti jadi macam kapal titanic tu baru tau
Quote helicornia 26-11-2021 08:00 PM
Mmg ekonomi indon Vietnam berkembang pesat skrg.silap2 org kita pulak pi keje kt indon lepas ni
Quote aHoi83 26-11-2021 08:19 PM
Tahniah indo. Maju kedepan
Quote Decaffeinated 26-11-2021 08:31 PM
Projek ni pun tak kurang kontrobersinya di indon sendiri knowing Indonesians. Kalau siapa rasa kat Malaysia ni ada bermacam ragam pemikiran, di indon ko darab sepuluh.

Apa pun harap2 orang2 super kaya di JKT yang jumlahnya saja sama penduduk KL tu sudilah menjayakan proyek gomen dorang ni.

Quote Normabaru 26-11-2021 10:04 PM
indon ada kereta cepat. kita kereta terbang xnmpk bayang.. tp duit dh byk terbang melayangggg
Quote Normabaru 26-11-2021 10:07 PM
Edited by Normabaru at 27-11-2021 12:08 AM
cmf_premierleag replied at 26-11-2021 06:26 PM
syabas indonesia
sementara itu kat msia pi kensel HSR and kene byr RM 320 juta kat spore


pastu menteri joli alphard sekor sorg.. Ini lah kpi pencapaian kabinet mail 100hari.. Hujung2 semua sama. Sampah2 masih duduk dlm kabinet.. Cuma rakje lain tingkat
Quote KIM.K 26-11-2021 10:12 PM
Kereta cepat = kerepat ke?
Taknak claim kerecepat ni lagi pantas dari lrt ke
Quote kemaruk 26-11-2021 11:09 PM
indon sekarang memang sedang memecut lebih laju dari malaysia

anytime je dorang akan pintas kita

ini semua bahana DAP jadi KERAjaan itu hari
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 11:14 PM
helicornia replied at 26-11-2021 08:00 PM
Mmg ekonomi indon Vietnam berkembang pesat skrg.silap2 org kita pulak pi keje kt indon lepas ni

hari tu ada tgk news
vietnam dh buat electric car and export to US
msia? maleh nak cakap
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 11:17 PM
Normabaru replied at 26-11-2021 10:07 PM
pastu menteri joli alphard sekor sorg.. Ini lah kpi pencapaian kabinet mail 100hari.. Hujung2 semu ...

tau takpe
menteri ni sume patut mereput je la
indoanesia,vietnam semua dah ke depan tanpa kita sedar
kita duk la tetap rasa stakat beli tudung kain bunga telur borong kt bandung and pasar vietnam
but in reality, they are more advance than us
dlm ms 5 tahun pak jokowi jd presiden, msia lak dh 2@3@4 kali kut tukar PM dlm masa yg sama.politik tak stable...no wonder investors sume lari keluar
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 11:19 PM
Lagubestbest replied at 26-11-2021 06:45 PM
ni belum buka kalimantan lagi ni, siap airport, HQ gomen semua, memang kebanggaan friska la nanti.

infra di kalimantan mcm highway baru,lagi cepat siap drpd pan borneo highway walau start lewat dr pan borneo.
pi la cari dlm news
highway depa 6 lanes tip top mcm PLUS highway kt semenanjung.
ni la realiti kt msia...makin terkebelakang , bila nk siap pan borneo
Quote mbhcsf 26-11-2021 11:20 PM
cmf_premierleag replied at 26-11-2021 11:14 PM
hari tu ada tgk news
vietnam dh buat electric car and export to US
msia?  maleh nak cakap

eh katenye laa itu hari ade kete terbang.....lesap terbang dah kot gamaknye???
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 11:23 PM
mbhcsf replied at 26-11-2021 11:20 PM
eh katenye laa itu hari ade kete terbang.....lesap terbang dah kot gamaknye???

keter terbang yg mcm drone tu ke? yg model prototype bodoh ke apa yg depa pamerkan kt exhibition mana tah masa tu
jd bahan gelak netizen jah
Quote Artemesiaa 27-11-2021 11:10 AM
Malaysia jugak nak nampak makin kebelakang semula Indonesia dan Vietnam masing2 makin laju berlari kedapan.  

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068426 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top