CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Tapi Terus Kerja, Janna Nick Tak Nak Susahkan Orang Lain

26-11-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2042| Komen: 13

Description: Demi tuntutan kerja yang tertunda, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick sanggup merisiko diri dan meminta kebenaran doktor untuk keluar wad lebih awal berbanding daripada tempoh sepatutnya.
Demi tuntutan kerja yang tertunda, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick sanggup merisiko diri dan meminta kebenaran doktor untuk keluar wad lebih awal berbanding daripada tempoh sepatutnya.


Janna berkata, dia tidak sampai hati membiarkan pasukan produksi dan individu terlibat dalam projek drama melibatkan dirinya terjejas akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Foto: IG


“Kerja kita ini membabitkan banyak orang dan saya tidak sampai hati buat orang lain tertunggu-tunggu.

“Jadi, saya meminta kebenaran untuk keluar lebih awal walaupun doktor mahu memberi cuti sakit selama lima hingga tujuh hari. Sebaik keluar hospital, saya terus ke lokasi penggambaran,” tulis Janna menerusi InstaStory.


Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia bukanlah seorang yang tidak waras atau gila dan terlalu mementingkan kerja seperti yang difikir orang lain.



“Saya tahu ramai yang prihatin mengenai kesihatan saya tetapi ini adalah impak daripada pandemik sebelum ini.

“Bukan hendak bekerja ‘back to back’, sebaliknya banyak yang tertangguh akibat pandemik. Jadi, kita tidak boleh mementingkan diri saja. Kita perlu berkorban dari aspek mental dan fizikal,” katanya lagi.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu terpaksa dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu selepas disahkan menghidap vertigo atau ketidakseimbangan dalam badan dan otak.




Janna memberitahu, dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami beberapa simptom seperti muntah berterusan dan tidak stabil ketika berdiri.

Sebelum Janna, kekasih hati kepada pelakon Dini Schatzmann itu terlebih dahulu dikejarkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-11-2021 11:15 AM
Ye la, dah tu sape yang nak sara poji nawawi mix beruk salji sheols tu nanti? Yihhh
Quote imanjannah 26-11-2021 11:46 AM
dia ni muka berubah-rubah
Quote Rogue98 26-11-2021 01:09 PM
sepatutnye sakit vertigo ni tak boleh drive lah kan....membahayakan orang lain nanti.
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:14 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 08:02 AM

............
Quote lyshafull 26-11-2021 01:19 PM
Weolls pun kalo sakit kena kerja dek jenna kalo x company rugi hukhukhuk xde beza pun dik jenna yg beza dik jenna masuk surt khabar weolls dapat email je huhuhuu
Quote helicornia 26-11-2021 03:14 PM
Ye la tk keje Kang sapa nak bayar rumah juta2, kete Merc mak dia etc
Quote OyaTonggek 27-11-2021 09:55 AM
Rogue98 replied at 26-11-2021 05:09 AM
sepatutnye sakit vertigo ni tak boleh drive lah kan....membahayakan orang lain nanti.

lillahi..meols penah kena vertigo time drive..suddenly attack..rasa mcm x pijak bumi, rasa mcm Allah tarik nyawa..pandang kiri kanan x boleh rasa melayang..meols pegi lane paling kiri..rasa mcm kaki dh tekan pedal..tp tgk meter 20kmj! meols tawakkal jerit Allahhuakbar harap sempat smpai rumah..beli mcd kt area rumah meols. Alhamdulillah smpai umah terjelepok kt porche..anak buah meols trus bkk youtube cara atasi vertigo..alhamdullilah meols sedar dgn baik..tp lemah. Chuolss sign vertigo ni telinga akn berdengung which is seblm meols kena serang vertigo tu seminggu telinga meols dengung kadang x dgr org ckp..huhu! Sorry off topic!


Oiii janah! nape aku susah nk percaya cerita kehidupan ko ni eik?? ko xde salah ngan aku...tp pelik la nape retis sekor ni aku cukup meluat attention seeker much! tu blom video gatai mengada2 si poji 2.0 tu call jana...kemain menangis suh panggi baby...alah pundi kau lah janah! kawen la kalau dh gatal sgt!!
Quote apedehal 27-11-2021 10:05 AM
OyaTonggek replied at 27-11-2021 09:55 AM
lillahi..meols penah kena vertigo time drive..suddenly attack..rasa mcm x pijak bumi, rasa mcm All ...

Loh sis..iols baca awal2 simpati ja dgn chuols tibahh carutan segala bagai, hahha, thanks ler buat iols gelak
Quote OyaTonggek 27-11-2021 10:08 AM
apedehal replied at 27-11-2021 02:05 AM
Loh sis..iols baca awal2 simpati ja dgn chuols tibahh carutan segala bagai, hahha, thanks ler buat ...

meols hilang kawalan chuolsss...
Quote Piramida 27-11-2021 10:08 AM
Ok je nak kerja... kalau masih ada tenaga dan kudrat, dan otak waras mampu nak berfikir walau sakit or letih.... jgn kemudian hari menyusahkan org dan merana diri.
Quote gideoncross 28-11-2021 01:14 AM
Lgi baik msa dia tomboy dlu, skrg mcm dh melebih2 plak. Pompuan klau dh blik ke fitrah, happy nya lain mcm. Entah apa2 je.
Quote putericahaya999 28-11-2021 01:38 AM
Bagus la awk ni
X menyusahkan org
Quote asfaz 28-11-2021 01:59 AM
Ok la tu. Tpi nanti jangan lak nangis ngadu stress penat bagai

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.136877 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top